Wednesday, June 29, 2011

tips; p.e.r.t.a.m.a

Barang kering

Beli barang dapur ni sebenarnya tak la susah, Cuma kena pandai merancang.

1-Paket – beras, biskut, gula,garam,rempah   
* beli paket besar, ada yang tahan sehingga 2 bln*

2-Refill – sabun, susu tepung, kopi, milo         
untung 1kg dari harga botol*

3-Caton- susu, sardin                                   
 *untung sehingga 30-40sen se-tin*

4-botol- sos, kicap, minyak masak , cordial   
*beli dalam  botol yang besar,berbaloi *

5-pack besar- bihun, maggi.(pack jimat rasanya,tak berapa ingat)
*lebih jimat dari harga biasa*

Ini adalah contoh,dan cara aku beli barang. Tak semua barang aku beli tahan sehingga sebulan.ada sehingga 2-3 bulan. Tetapi bergantung kepada kekerapan kegunaan jugak.

Cuma pada bulan puasa dan raya.kena beli lebih.sebab memang perbelajaan dapur akan melonjak dua kali ganda lagi.

hehe*sempat lagi bergambar*

p/s: harap-harap tips saya dapat membantu anda membeli secara bijak.

bos kecik.


Sejak aku habis belajar, urusan rumah aku yang ambil alih sepenuhnya. Sebab abang aku dah tak nak uruskan lagi ditambah kakakku memang tak suka bab-bab barang dapur ni.

Bermula januari lepas, barang keperluan seperti basah dan kering aku yang uruskan.*kalau cukup  aku dapat pujian.kalau kurang nasib ko la ani oiii*kalau dulu,aku tension sebab selalu kena pergi kedai,ada je barang dah habis.al-maklum la.yang beli pun abang aku.orang lelaki ni dia kurang peka sikit macam orang perempuan.

jadi, dibawah pemerintahan kuku besi; barang dapur(barang kering akan dibeli setiap 29hb)setiap bulan.dari situ baru tahu apa yang banyak guna,atau jarang guna.barang basah pula, aku beli setiap khamis (dekat pasar malam taman tasik).

moto aku adalah’ beli barang sebulan sekali’. Untuk barang kering la. Dan hasilnya…*WOW* berjaya.yihaaaaaaaaaaaaaaaa!

barang basah pula, seminggu sekali la. Ada benda yang tak boleh simpan lama; macam kelapa.jadi aku tak beli kat kedai.aku beli kat suri rumah yang meniaga kecil-kecilan. Contoh harga untuk 1 biji kelapa parut rm1.50, kalau kat kedai rm 2.30.kat sini kita dah boleh jimat.beza harganya.

walaupun dalam usia yang muda,aku bangga.tak perlu nak bergantung dekat mak lagi.aku sudah mampu menguruskan rumah.walau hati belum terbuka nak kahwin *hehehe*.sekurang-kurangnya, mak dah boleh rehat,tak perlu nak pening kepala lagi. 

walaupun dari segi kewangan aku belum mampu sepenuhnya,tapi dari duit yang adik beradik bagi aku agihkan apa yang harus dibeli. Dan kewangan keluarga juga nampak perubahan yang positif.


TIPS BELI BARANG DAPUR:
  •   Cari tarikh yang sama setiap bulan *harus disiplin*
  •   Kenalpasti  kuantiti yang digunakan dalam sebulan.  
  •   Senaraikan barang yang perlu dibeli
  •   Beli barang yang penting, dan sentiasa digunakan.
  •   Beli dalam kuantiti yang besar , refill, dan caton*jimat*
  •  (ada juga barang yang dibeli dalam kuantiti yang kecil untuk                                 memudahkan mak)
 
 p/s:adakah entry ini terlalu perempuan sangat???keh.keh.keh.
 

Tuesday, June 28, 2011

nyum~nyum~nyum

yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
akhirnya dapat juga makan GCB.hehe.tadi berbuka di mcd.sangat kenyang.

*masih lagi ratu makan..heheh*
GCB*gadis curi burger*hehe

terima kasih kakakku...sebab belanja makan.hehe

Monday, June 27, 2011

izinNYA



kalau kalian selalu membaca entry ini, kalian pasti kadang kala terlihat kesedihan yang saya coretkan disini.tetapi bukanlah kesedihan yang saya tempah sendiri.ini adalah sebahagian dari ujianNYA.pada saat saya menaip entry ini,jiwa saya sangat tenang dan banyak dugaan telah saya harungi.

saya pernah kecewa dan berhenti berharap.mungkin kerana kurang kasih sayang dan keyakinan diri.bermula dengan kesukaran mencari perkerjaan,berdepan dengan kegagalan,masalah kewangan,konflik dengan segelintir manusia yang sukar menerima kelebihan orang lain.selain itu berdepan dengan majikan yang tidak memahami dan menghormati agama islam.



tetapi tidak pernah sekali saya melupakan ALLAH.s.w.t, masih lagi dijalannya.mungkin terkadang saya berfikir kenapa saya diuji dan ujian saya terlalu berat.tetapi ada hikmah disebaliknya.pernah saya marah dengan diri sendiri kenapa tidak bernasib baik seperti orang lain.cuma bila difikirkan semula, saya selalu bermula dengan kesusahan sebelum mengenal kesenangan.

mungkin ibadah dibulan rejab,seperti yang dijanjikan.apabila kamu ikhlas menunaikan segala ibadah sunat dibulan rejab,maka akan dikabulkan doa-mu.saya telah mendapat satu jalan.cepat atau lambat sahaja untuk memulakan langkah.ini yang saya minat.moga diberkati-nya.



saya adalah manusia yang selalu jatuh dan jatuh lagi.tetapi tanpa saya sedari kadang kala nasib saya lebih baik dari orang lain.cuma mungkin bukan seperti yang saya impikan.saya bersyukur walaupun keluarga tidak perlu bersusah payah untuk memberi saya segalanya,tetapi saya sangat bertanggungjawab dalam menjaga mereka.alhamdulilah,hadiah untuk emak dan bapak.

ini adalah jalan yang ditunjukkan-NYA, kerana niat yang saya titipkan bukan untuk saya.tetapi untuk mereka yang membawa saya kedunia.saya bersyukur,walau datang dari keluarga bukan sempurna tetapi saya masih mampu menjaga akhlak saya,masih lagi mengingati pesanan mak dan kepercayaan emak kepada saya.


insyaAllah,semoga doa saya dan niat saya seiring berjalan.mohon kalian yang membaca entry ini supaya mendoakan saya terus mengingati yang maha esa dan kedua orang tua saya.serta sentiasa berbuat baik dan menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.kerana manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.


Saturday, June 25, 2011

identiti DUA.


Bernama zulaika dikampung,
Dipanggil zack ketika dibandar.

Siang menjadi minah kilang,
Malamnya pelayan nafsu sejenis.

Cantik serta sopan santun semasa dikampung,
Sangat gangster ketika  dibandar.

Siang perempuan,
Malam menjadi lelaki.

Berbaju kurung serta bertudung dikampung,
Berseluar pendek dan baju koyak-koyak dibandar.

waktu subuh ke surau,
waktu malam ke kelab hiburan.

Dihadapan orang tua sangat manis,
Dihadapan kekasih sangat kacak.

 p/s: untuk zinesatumalam~pecahan personaliti

permulaan.

saya minat dalam seni penulisan.cuma tiada peluang dan landasan untuk mencampakkan idea.kalau korang perasaan ada entry saya berbentuk puisi dan lontaran kata.selalunya saya menulis untuk ZINESATUMALAM. ada untuk aktiviti wall, ada juga untuk dimuatkan dalam zine.bentuk penulisan bergantung kepada tajuk yang diberi.

saya masih mentah sebenarnya,kadang-kadang terasa kerdil sangat.karya mereka didalam zine sangat hebat.karya saya biasa-biasa sahaja.cuma minat yang mendalam.saya jadikan ini sebagai hobi.masih baru saya menyertai zine ini di'muka buku'.dan tak semua karya yang saya tulis untuk zine.

setiap penulisan,saya sedaya upaya tidak mengaitkan mereka yang masih hidup dan yang telah tiada.kalau ada terasa,saya mohon maaf.saya hanya mengikut klasifikasi tajuk yang diberikan berdasarkan isi yang relevan.

terima kasih diatas tatapan kalian atas karya saya yang tidak seberapa ini.

p/s: entry ini perlu dibaca dalam intonasi formal.=)

Friday, June 24, 2011

cik sandar dan en karam



hahaha.aku memang tak suka fasha dan ikram.tapi setiap cerita (tak semua la) aku tengok.mungkin lakonan mereka menjadi.dunia lakonan ni kena berbakat.baru berjaya.



ok,ni penganti untuk cerita NORA ELENA.di slot akasia.DEWA CINTA.sama jugak.cerita dari novel.best.jalan cerita menarik.cik sandar jadi rocker.haha.aku suka suara dia.aku tak pernah baca novel ni.jadi tengok cerita saja je la.

pada siapa yang belum tengok, aku bagi sisnopsis pasal cerita ni ya.

“Dewa Cinta” mengisahkan tentang Iqbal yang ditakdirkan bertemu dengan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya. June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar.

Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telahpun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan ini untuk saling mengenali dan menyayangi.

Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama. Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama tiga tahun di situ.

June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”. Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal.

Fariz telah bersubahat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan jadi kepada hubungan mereka? Sama-sama kita saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam “Dewa Cinta” 

Selain Iqram dan Fasha, drama ini turut dibintangi oleh Aida Khalida, Nabila Huda, Lana Nordin, Bkay Nair, Hafizuddin dan penampilan istimewa, Black


p/s: slot akasia dah patut tukar aku rasa, letak slot novelis =)

Thursday, June 23, 2011

fantasi lena.

MIMPI,
adalah teater lena mu
Pelbagai kisah dipertontonkan
Suka mimpi itu atau sedih bukan pilihan-mu
Ceritera tanpa pengarah
Tetapi..tatapan mu ketika lena
Terkadang mahu ‘mimpi’ itu
Mungkin kerana ingin sudahinya atau penghujung kisahnya

MIMPI??
Adakah mimpi aku itu menarik
Tetapi aku lupa
Puas aku mengingati
Kemana perginya ia
Aku harus ingati
Hampa……

MIMPI,
Adakah sandiwara teater realiti?
Yang terkadangnya benar
Yang terkadangnya petunjuk
Yang terkadangnya khayalan
Yang terkadangnya hasutan syaitan
Yang terkadangnya impian

MIMPI,
Tanpa mu
Sepi lena ku
Sunyi malam-malam ku
Kosong minda ku
Resah pagi ku

Semoga mimpi-mimpi ku
adalah sipnopsis karya terbaik dari pelakon-pelakon 
yang terkadang tidak pernah aku kenali
kerana mimpi bukan sekadar permainan tidur tetapi
lumrah manusia ketika lena nya.


Wednesday, June 22, 2011

encik ahad ajak dating

~jom tonton cerita ni
~diadaptasi dari novel jugak.
~cerita ni berunsur keislaman dan best sangat.
~harap-harap happy ending la.kalau tak aku bako rumah pengarah.hehe.






~BARISAN PELAKON UTAMA ~
Aaron Aziz (Irfan Ikmal)
Nur Fathia (Amni Sorfina)
Fizz Fairuzz (Taufiq Imran)

~KARAKTER WATAK UTAMA~
Amni Sorfina:
Seorang guru agama, gadis lemah lembut dan penyayang, gadis yang tabah,  yang sedaya upaya menjadi insan solehah, tak lari dari dugaan hidup dan dilema.
Irfan Ikmal:
Tunang Amni. Irfan sangat mencintai Amni dengan luhur dan ikhlas, pemuda yang baik, kacak dan kaya raya. Irfan kurang ilmu agama dan agak manja dan tidak pandai berdikari.
Taufik Imran:
Taufik ialah cinta pertama Amni, dia agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama.

p/s: papa aaron.saya nak jadi anak angkat boleh*sambil buat muka 19sen*

khabar subuh.

salam,

baru lepas bersahur. alhamdulillah. sempena bulan rejab. moga mendapat keberkatan. minggu yang tenang serta minggu menunggu jawapan. baik atau buruk. akan menerima dengan tenang.

selamat pagi penghuni dunia. 




Tuesday, June 21, 2011

bapakDAY

~sempena bapakDay aku ada buat "dua" puisi
~tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada
~semua orang ada ayah kan?
~ada banyak jenis ayah, antaranya ialah :
  1. baik dan penyayang
  2. garang dan bengis
  3. hanya pada nama
  4. ayah tiri
  5. ayah angkat
  6. ada ayah,tapi tak pernah jumpa
  7. nampak garang tapi penyayang
  8. berkorban apa sahaja, tapi anak tak menghargai  
~banyak lagi ni. cuma walau macam mana pun mereka. mereka tetap ayah. baik atau buruk. kaya atau miskin. sebab tanpa mereka.siapa kita didunia ini.~



oh! papa cool.


Saya sayang papa!
Sebab papa  banyak duit

Saya sayang papa!
Sebab papa best sangat

Saya sayang papa!
Sebab papa tak pernah marah

Saya sayang papa!
Sebab harta papa saya yang punya

Saya sayang papa!
Sebab esok dapat kereta ferrari.

Saya sayang papa!
Sebab segala empayar perniagaan papa saya dapat

Saya sayang papa!
Sebab papa ada rumah banglo yang cantik

Saya sayang papa!
Sebab papa cakap duit menghalalkan cara
                                     
Saya sayang papa!
Sebab  papa suka poligami

Saya sayang papa!
Sebab papa kata bila tua tak payah jaga papa

Saya sayang papa!
Sebab papa tak pernah masuk campur urusan saya

Saya sayang papa!
Sebab papa terlalu percaya saya

Saya sayang papa!
Sebab papa ajar duit boleh beli apa yang kita mahukan,termasuk kasih dan sayang.


lelaki itu ayah.


Ayah,
Kau ada didepan mata
tetapi mengapa aku tidak merasa sentuhannya

Ayah,
Kita tidak pernah terpisah
Namun kenapa hatiku bersama yang lain jauh beribu batu

Ayah,
Umurku sudah mencecah 24 tahun
Tapi pernahkah aku mencium dam memelukmu?

Ayah,
Boleh hilangkan sedihku
Dan berikan aku sedikit kegembiraan dihujung usia-mu

Ayah,
Bukan wang ringgit yang kami mahukan
Tetapi sedikit masa dan hati-mu

Ayah,
Boleh jadi pelindung kami walau sekali seumur hidupmu?
Boleh ada dikiri dan kanan kami ketika kami benar-benar memerlukanmu?

Ayah,
Aku cemburu melihat mereka yang bahagia bersama ayah mereka
Tidakkah kau mengetahui itu
Atau tak punya perasaan seperti mereka yang bergelar ayah

Ayah,
Setiap hari kami  berdoa untuk-mu
Datanglah yang baik untuk-mu
Tapi adakah didalam doamu itu adanya kami

Ayah,
Andai kata hari ini hari terakhirku didunia
Aku bersyukur kerana punya ayah
Kerana ayah ,aku dapat melihat dunia.

Ayah,
Walau aku bukan kilauan berlian buatmu
Aku tetap sayang kamu
Kerana aku bukan tembok yang kalis segalanya

Ayah,
Sempena harimu
Capailah apa yang kamu inginkan
Kalau itu kunci bahagia mu

~kerana bukan semua yang ada  ayah itu dapat merasai  kasih sayang dari seorang yang digelar ayah~

p/s: untuk zinesatumalam~ayah

Sunday, June 19, 2011

Khayalan tanpa sempadan.



coretan dari minda kreatif kartunis
menghiasi dunia realiti
diatas sehelai kertas kosong di temani sebatang pencil
serta  mengunakan  teknologi untuk meluahkan segala imiginasi yang tersirat.

Menemani dunia indah zaman kanak-kanak
Yang seperti seceria matahari dan secantik bulan dilangit
Yang masih tidak mengerti apa itu kehidupan
Yang ada hanya kegembiraan dan impian yang nyata.

Sama ada dibaca atau dilihat
Tiada sakit atau derita seperti kita rasai
Yang ada hanyalah khayalan imiginasi yang terlampau.

Menjadikan manusia itu mempunyai deria setia 
untuk terus meminati setiap watak yang ditonjolkan
Watak yang bersahaja dan ‘happy ending’.

Terkadang mahu menjadi seperti mereka
mengunakan kuasa bulan dan mentari untuk menumpaskan musuh,
berada diatas bangunan yang tinggi untuk menjaga penduduk bumi,
mempunyai poket sakti untuk merealisasikan impian mereka yang bernama manusia,
tidak pernah kalah,Yang ada hanyalah episod akhir.

Pernah terlintas difikiran
Betapa uniknya manusia yang mempunyai imaginasi yang terlampau
Hasil kreativiti yang indah dan tidak pernah suram.

Ya.mereka mampu menghiasi jiwa mereka yang telah dewasa
Kerana dunia kartun itu sesuatu yang indah dan penuh warna-warni.

 p/s: untuk zinesatumalam~kartun

Saturday, June 18, 2011

jom baca :)

                                    
                              kisah anak dan pemain gitar bernyawa

Pada suatu hari, di sebuah kampung bernama ‘temasik’ terdapat sepasang suami dan isteri yang bernama kayu dan pohon .Mereka sudah lama mendirikan rumah tangga,Tetapi masih belum mempunyai cahaya mata.Meraka sangat kaya dan sanggup berbuat apa saja asalkan mendapat seseorang yang digelar ‘anak’.

Lalu suatu hari mereka terjumpa dengan seorang ‘pemain gitar bernyawa.’Penduduk kampung mengatakan gitar ini mempunyai kuasa untuk menghidupkan nyawa, lalu mereka berjumpa dengan pemain gitar bernyawa tersebut.

Pemain gitar bernyawa  itu bersetuju akan menunaikan permintaan mereka tetapi dengan satu syarat iaitu, anak ini harus  mempelajari  gitar untuk memanjangkan usia nya. Pemain gitar bernyawa itu berpesan 'jikalau mahu anak ini hidup selepas tujuh tahun ajarnya bermain gitar dan muzik yang terhasil dari gitar tersebut akan memanjangkan usianya'.

Akhirnya  hajat mereka tercapai,lahirlah daun kedunia. Pohon dan kayu begitu bahagia.Penduduk kampung turut tumpang gembira diatas kelahirannya. Lalu kayu dan pohon mengucapkan terima kasih kepada pemain gitar bernyawa itu.

Pabila usia daun mencecah 4 tahun kayu dan pohon berpindah ke sebuah  kampung bernama ‘tanjung’. Mereka beranggapan apabila berpindah syarat itu akan terhapus.

Pada usia 7 tahun, daun semakin lemah dan sakitnya tiada penawar. Puas sudah dibawa berjumpa pawang terhebat,tetapi masih juga belum sembuh.Kayu dan pohon tetap tidak mahu mengajar daun bermain gitar kerana mereka yakin daun mampu hidup tanpa muzik yang terlahir dari gitar.

Akibat kealpaan kedua org tua nya, akhirnya daun telah ghaib untuk selamanya,kayu dan pohon begitu sedih lalu mencari pemain gitar bernyawa itu,tetapi kedatangan mereka dihalau kerana pemain gitar bernyawa itu murka.

Kayu dan pohon begitu menyesal kerana telah kehilangan satu-satunya cahaya mata yang mereka kasihi akibat perbuatan mereka,dan sekarang hidup mereka hanya ditemani tangisan dan airmata kerana merindui daun. 

p/s: untuk zinesatumalam~cerita donggeng.

Dua.


  1.  hari ini saya pergi cari kerja 'part-time'.nak dekat raya kan.usaha kena lebih la. doa, mintak-mintak  dapat la.
  2. esok ada kenduri.aduhai, malasnya nak pergi. confirm esok kena terjah!








Thursday, June 16, 2011

si kacak aaron dan si jelita siti saleha.

hari ini episod last!!!!!

semua orang demam ini kan: 

diadaptasi dari novel:
slot akasia di tv3: 
barisan pelakon:
~dah nama aaron yang berlakon.memang aku tengok la.sejuk hati tengok si kacak ni.tadi nak join live chat bersama 'aaron aziz'...tapi 3ribu orang yang chat.juling nak baca.semua stuck.huhu.pukul 3 ptg lak tu.kalau malam ada yang meletop kotak chat tu agaknya.pape pun.memang smart la badan dia.hehe.

~anak tiga tu.mantap lagi.macam tak percaya umur aaron ni 35 tahun.untung anak dia ada bapak yang kacak macam ni.

~harap-harap ending yang best.confirm aku akan sedih bila cerita ni habis.*macam putus dengan kekasih pulak*.sepatutnya aku berenti kerja hari ini.tapi bila fikir last episod nora elena hari ni.aku berenti la semalam.haha.tak matang langsung aku ni.

p/s: saya tak nak suami saya kacak macam aaron aziz.*senyum gedik*

Wednesday, June 15, 2011

makan malam


sekarang ni selera makan makin berkurang la.bukan sebab diet.mungkin faktor usia.kalau dulu malam mesti nak nasi.sekarang ni tiga hari tak makan nasi pun tak pe.dulu memang kuat makan.sekarang ni susah pula nak ada selera makan.cepat kenyang.betul cakap orang tak selamanya kita ni kuat makan.bila umur meningkat.selera akan berubah.kalau dulu.makan apa pun tak kisah.sekarang ni agak cerewet sikit.

ini je la yang saya makan malam ni.air coklat tu memang tak boleh pisah la.teringin pula nak makan roti ni.ok la makanan yang simple seperti saya yang sangat simple ni.

p/s: berat terkini.50 kg.*big smile*

berukband!!!!

lama tak masuk pondok. tekanan jiwa+ interview.

aku hairan betul la.lepas bayar bil sabtu lepas.internet slow.selama ni tak ada masalah pun.nak log in 'muka buku' pun tak lepas.bodoh punya celcom!.rindu kat pondok.


~nak tahu tak.minggu lepas uncle saya datang.sibuk tanya gaji dan jawatan saya.apa masalah hidup dia ya?selama ni saya tak pernah menyibuk urusan dia.sampai 1/2 jam tanya soalan yang sama.hairan kan?terfikir jugak.saya pernah hutang dengan dia ke?pasal dia.saya ada perselisihan faham dengan family.itu yang tak ada mood mahu berblogging.

~dulu masa kecik.saya ni bukan anak buah 'pilihan'.kenapa sekarang ramai yang mahu menyibuk ye.??saya tak faham manusia ni.suka sangat kacau hidup orang.penyakit gila agaknya.

~dalam bulan ni,ada je perkara yang buat saya tension,marah,sedih.kadang-kadang malas nak bukak blog.entry asik luahan dari isi perut je.emm.ini realiti kehidupan kan.bukan saya nak aibkan sesiapa.cuma ini je tempat saya meluahkan segala isi rasa dalam badan selain di indah water.hee.gurau je.

~sangat berharap.minggu depan.m00d yang baik.harap sangat-sangat.lupa nak cakap.saya dah berenti keje.minggu depan kerja tempat lain.mintak-mintak tempat baru ni ok la.

p/s: siapa nak kenal dengan 'tom,tut,tit dan tot.'angkat kaki.hee.nanti saya kenalkan.=)

Friday, June 10, 2011

botol perfume.

p/s: dibawah label 'IKUT KEPALA'. aku akan cerita benda atau perkara yang paling aku suka.

ini hobi aku.start masa masuk uniten.
baru berjinak lagi ni.impian aku suatu hari nanti.nak ada satu almari hiasan yang dipenuhi dengan koleksi botol perfume yang aku beli.AMIN.tapi aku pakai perfume BODY SHOP je.bukan mahal pun.hehe.bila dah mantap baru nak cuba perfume yang berharga rm200++.insyaAllah.

aku nak tiru ERRA FAZIRA.dia ada satu almari yang dikhaskan untuk koleksi perfume dia.mak oii...semua dari luar negara.mahal-mahal lak tu.aku tak mampu la nak wat macam tu.pada aku asalkan itu hobi yang bermanfaat pada kita,murah atau mahal bukan pokoknya.

aku seronok juga kumpul botol perfume ni.mula-mula biar murah.nanti bila dah tua.boleh tengok hasilnya.hehe.aku letak dalam kotak.takut berabuk.nanti tak sempat nak beli almari botol perfume ni dah buruk.

aku ni kasar orangnya.jarang ada hobi.ini lah hobi ke-2 aku selain dari MENABUNG.=)

p.o.k.o.k


saya suka lagu ini.
setiap malam 20 kali dengar baru tidur.......=)

komentar:
~lagu ni sempoi.
~suara HAZAMA sedap.
~banyak makna tersirat.

Thursday, June 9, 2011

tiada warna.

saya perlukan kasih sayang, perhatian, sedikit masa kalian.boleh ayah, kakak dan abang buat macam itu.boleh tolong mewarnai hidup saya.saya tak pernah bertuah.dari segi kesenangan,kasih sayang,cinta dan segalanya.ye.saya miskin itu semua.

saya sendiri lagi.semua kena berdikari.saya bosan.bagi saya peluang seperti orang lain. yang dipenuhi kasih sayang. bagi saya jalan yang mudah walaupun sekali dalam hidup.

saya cemburu dengan kebahagiaan orang lain.saya mengaku.saya tak pernah dapat kasih sayang.
saya bukan tembok yang kalis segalanya.saya manusia.punya hati,perasaan dan jiwa.
adakah saya ini punya nilai dihati kalian.atau tak pernah ada.

Wednesday, June 8, 2011

h.i.d.u.p.




terkadang.saya bosan dengan kehidupan saya.tak pernah sempurna.tapi ini takdir saya.redha.itu sahaja yang mampu.rasa seperti mayat hidup.makan tak rasa.mandi tak basah.perasaan mati.jiwa lumpuh.bibir membisu.mahu menangis tapi tiada air mata.kenapa duit itu puncanya.aduhai.

Tuesday, June 7, 2011

tonton.

tengok movie X-MEN.



KOMENTAR: 
1- mengantuk
2- bosan
3- aku bagi tiga bintang.

Monday, June 6, 2011

chef topi rendah.

hari ini balik awal. masih demam. dan terus masak untuk berbuka.

semua ini aku yang masak.hehehehe

~gulai udang letak kacang panjang.
~ikan goreng.
~kobis goreng.
~cendawan goreng cili api.

Saturday, June 4, 2011

d.e.m.a.m

*lemah...tak selesa..mood lari..*

*batuk + selsema = demam*

*tak ada selera, nak tidur tak boleh*

BOSAN..
esok kena masuk opis..ada kerja nak buat.masuk half day sudah, isnin tak la kelam kabut.






Friday, June 3, 2011

SATU REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB 

~Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

~Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya.

~Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 

~Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. 

~Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 

~Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. 

~Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. 

~Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan 
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

~Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, 
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".

~Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan).

*REJAB bulan menabur benih.*
*REJAB menyucikan badannya. *
*REJAB bulan taubat. *


                                ~menu berbuka hari ini.amin~

g.e.l.i.s.a.h

emmm..

hari ini saya ambil cuti. demam. 



semalam kena tegur dengan bos sebab 'SEMBAHYANG'.  bos cakap staff yang beragama islam tak pernah keluar sembahyangjadi dia minta saya pun tak payahlah keluar sembahyang. kalau nak seminggu dua kali sahaja.

aduhaiiiii....berat betul permintaan bos ni...mak cakap,cari lah kerja lain, asalkan diberi menunaikan solat.

minggu depan kena carilah kerja lain,  kebetulan ada supermarket baru nak bukak dekat senawang. memerlukan bahagian pengurusan.mahu cuba nasib.kalau ada rezeki adalah.

berat dugaan saya ni..saya tak mahu menangis lagi, mungkin kesusahan yang saya alami ini sebagai penghapus dosa yang lalu ataupun ada hikmah disebaliknya. AMIN.



Wednesday, June 1, 2011

hari pertama =)




1 jun!!!!!!!!!!!!!!

~hari pertama kerja
~hari pertama untuk pertengahan tahun 2011
~hari pertama menabung
~hari pertama menjadi pekerja dan bibik dalam suatu masa

mahu mulakan hidup baru

hadapi dengan tabah setiap dugaan yang datang..itu harus!!!!

kerja???
~susah..kena belajar banyak benda tentang KERETA 
~akaun dan finance..huh!!pening kepala.
~keje dengan cina kene rajin..baru masyukkkk.....

hari ini saya sudah mula menabung...yeah!!!,bos kesian, sebab saya ni fresh graduate..jadi dia bagi duit makan setiap hari *EMPAT RINGGIT*..oleh itu setiap hari duit-duit ini akan masuk tabung la..hehehe..lagipun menjelang bulan rejab dan syaaban saya akan berpuasa.

ok sampai sini saja diari saya untuk hari ini...

salam sayang.