Sunday, August 21, 2011

lelambak.

selalu orang kalau nak update entry suka cakap nak update lelaju.tapi aku nak cakap update lelambak.sebab aku malas hari ni.

1-kemas rumah~minggu depan je.hehe.lagi 3 hari nak raya aku kemas.baru nampak berseri sikit.

2- baju aku pun nak cuci minggu depan.sebab start 23 ogos aku kena hias kedai dan office sempena raya,dan minggu terakhir office renovation.yahoo.lepas ni baru selesa nak kerja.kalau tak habuk dan sebagainya.jadi.boleh pakai selekeh je.

3-sebelum shopping raya. segala bil dan duit dapur perlu dilangsaikan dan diasingkan.kalau tak mati la aku.hehe.

4-aku dah dapat geng dah.oleh kerana kesayangan aku semua diKL.jadi aku kesepian dan keseorangan.alhamdulilah.senang aku bila dapat kawan.boleh lepak.pergi kerja pun senang.hehe.

5-gaji!!!!!aku hanya dipertanggungjawabkan untuk buat slip gaji je.*sedih tul la*.cepat la masuk gaji.huawaaaaa.mahu shopping ni.yang penting.mak dan bapak dulu.

6-raya~untuk rumah ada sikit lagi belum beli.untuk mak tinggal tudung dan bapak kasut je.untuk aku pulak;satu pun belum lagi.huhuhu.kopak gak aku raya ni.mintak2 tuan director bagi duit raya banyak sikit la.huhu.dan berdoa sangat.mana tau abang long bagi duit raya.hahah.

7-alamak!!sekarang aku lak kena bagi duit raya kat anak buah dan adik sedara.huhu.kena buat kira-kira lagi ni.sorang seringgit cukup la.budak kecik tak elok pegang duit banyak-banyak.

8-nikmat berkerja ni best sebab;berbuka kat tempat best-best. dan dapat duit raya.duit dengan makan memang tak dapat dipisahkan dengan aku.hahaha.

p/s: selamat datang minggu yang terlampau sibuk dan memenatkan.

Sunday, August 14, 2011

raya bersama avon

tak boleh bla tajuk entry aku kali ni.minggu lepas kami adik beradik perempuan keluar berjalan bersama.kalau dah nama pun perempuan nampak apa pun semua rambang mata.kebetulan avon ada buat promosi sempena raya.apa lagi aku pun beli la sebab harga murah dan berpatutan.

dan kebetulan memang nak cari tempat letak biskut raya.tahun ni malas nak guna mangkuk kaca.pakai plastik.sebab adik sedara aku ni semua baik-baik sangat.setiap tahun kalau tak pecahkan macam tak sah pulak.ruang pun jimat.ada yang boleh guna 3 in 1 dan 2 in 1.itu yang aku suka.murah dan mudah.

dah kerja ni.apa je benda yang mudah aku mesti beli.ada lagi nak beli ni.kena tunggu gaji.kalau sekali gus beli ada yang berbuka makan bubur je.hehe.

p/s: yeah.semua warna biru.saya suka.

sedih bergaul suka.

sabtu- 13 ogos 2011


saya SEDIH sebab tak dapat pergi butik PEARL HAYA. dekat sana ada sales besar-besaran sempena hari raya.diskaun sehingga 40% itu untuk design baru.kalau design lama 3 helai rm100.

emm.kecewa tau.saya minat sangat tudung kat sana.tapi bila pikir duit banyak nak guna untuk raya.tak jadi pergi.tak pe la.yang penting mak dan ayah dulu untuk persiapan raya ni.itu lebih berkatkan.



saya SUKA sebab saya dapat beli tudung dengan harga yang murah dekat butik RATU.beli tudung rm 49 dapat percuma tudung rm39.untung kan.hari yang sama dua-dua butik tudung kat seremban ni buat sales.hehe.boleh la pakai untuk pergi kerja.

p/s: bila kerja bukan makin kaya.makin kena pikir macam mana nak menjana duit lagi.

majlis berbuka.

rabu - 10 ogos 2011

majlis berbuka puasa ini anjuran bos besar. dekat seremban je. tapi alhamdulillah makanan sedap.port yang baik.geng makan yang baik.tak banyak amik gambar.sebab datang sana nak makan.hehe.

di klana resort

sebelum berbuka

ketika dimeja~




selepas azan~
round 1

round 2

round 3

round 4

sebab makan free semua sedap.otak-otak dia memang terbaik.sedap.2 kali amik. walaupun dah kurus.tong aku masih berfungsi dengan baik.semua aku bedal.balik rumah sakit kepala.hehe.

p/s: masih menunggu majlis berbuka anjuran bos besar di hotel pula.mintak-mintak nama aku tersenarai la.=)

Monday, August 1, 2011

ramadhan.

salam ramadhan.selamat berpuasa.selamat menjalani terawih.semoga sentiasa mendapat keberkatan darinya.amin.


SUPER BIBIK.

balik kerja tak menentu.paling awal.5.45ptg.paling lewat pukul 8mlm.penat!!!!balik.mandi.solat.terus jadi bibik.kesian mak.kesihatan kurang memuaskan.seperti biasa.tugas-tugas selepas balik kerja.




ini baru aktiviti harian.belum campur hujung minggu lagi.mana nak lipat kain bertimbun.mengemas rumah.kang berabuk orang kata anak dara pemalas.kadang-kadang aku rindu katil.bestnya kalau dapat tidur lama-lama.

oleh kerana diri ini adalah ketua kuli dan super bibik.setiap malam begini la gaya aku tidur.


p/s: insomia sudah lagi.hehe.