Showing posts with label bicara hati. Show all posts
Showing posts with label bicara hati. Show all posts

Monday, June 27, 2011

izinNYA



kalau kalian selalu membaca entry ini, kalian pasti kadang kala terlihat kesedihan yang saya coretkan disini.tetapi bukanlah kesedihan yang saya tempah sendiri.ini adalah sebahagian dari ujianNYA.pada saat saya menaip entry ini,jiwa saya sangat tenang dan banyak dugaan telah saya harungi.

saya pernah kecewa dan berhenti berharap.mungkin kerana kurang kasih sayang dan keyakinan diri.bermula dengan kesukaran mencari perkerjaan,berdepan dengan kegagalan,masalah kewangan,konflik dengan segelintir manusia yang sukar menerima kelebihan orang lain.selain itu berdepan dengan majikan yang tidak memahami dan menghormati agama islam.



tetapi tidak pernah sekali saya melupakan ALLAH.s.w.t, masih lagi dijalannya.mungkin terkadang saya berfikir kenapa saya diuji dan ujian saya terlalu berat.tetapi ada hikmah disebaliknya.pernah saya marah dengan diri sendiri kenapa tidak bernasib baik seperti orang lain.cuma bila difikirkan semula, saya selalu bermula dengan kesusahan sebelum mengenal kesenangan.

mungkin ibadah dibulan rejab,seperti yang dijanjikan.apabila kamu ikhlas menunaikan segala ibadah sunat dibulan rejab,maka akan dikabulkan doa-mu.saya telah mendapat satu jalan.cepat atau lambat sahaja untuk memulakan langkah.ini yang saya minat.moga diberkati-nya.



saya adalah manusia yang selalu jatuh dan jatuh lagi.tetapi tanpa saya sedari kadang kala nasib saya lebih baik dari orang lain.cuma mungkin bukan seperti yang saya impikan.saya bersyukur walaupun keluarga tidak perlu bersusah payah untuk memberi saya segalanya,tetapi saya sangat bertanggungjawab dalam menjaga mereka.alhamdulilah,hadiah untuk emak dan bapak.

ini adalah jalan yang ditunjukkan-NYA, kerana niat yang saya titipkan bukan untuk saya.tetapi untuk mereka yang membawa saya kedunia.saya bersyukur,walau datang dari keluarga bukan sempurna tetapi saya masih mampu menjaga akhlak saya,masih lagi mengingati pesanan mak dan kepercayaan emak kepada saya.


insyaAllah,semoga doa saya dan niat saya seiring berjalan.mohon kalian yang membaca entry ini supaya mendoakan saya terus mengingati yang maha esa dan kedua orang tua saya.serta sentiasa berbuat baik dan menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.kerana manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.


Thursday, June 9, 2011

tiada warna.

saya perlukan kasih sayang, perhatian, sedikit masa kalian.boleh ayah, kakak dan abang buat macam itu.boleh tolong mewarnai hidup saya.saya tak pernah bertuah.dari segi kesenangan,kasih sayang,cinta dan segalanya.ye.saya miskin itu semua.

saya sendiri lagi.semua kena berdikari.saya bosan.bagi saya peluang seperti orang lain. yang dipenuhi kasih sayang. bagi saya jalan yang mudah walaupun sekali dalam hidup.

saya cemburu dengan kebahagiaan orang lain.saya mengaku.saya tak pernah dapat kasih sayang.
saya bukan tembok yang kalis segalanya.saya manusia.punya hati,perasaan dan jiwa.
adakah saya ini punya nilai dihati kalian.atau tak pernah ada.

Monday, November 22, 2010

HATI.......oh....HATI.........




Wahai si j e j a k a……
Emmmmm…

kenapalah aku suka sgt kat ko…ko bkn suka kat aku pon…..

Kalau la ko tau aku suka kat ko mesti ko benci aku kan….

Aku cube menjauh tp…..ko dekat kat ati ni…..

Seksanye rase…tolonglah!!!!!!!!!!!!!!!ari2 aku kate aku x suka ko….tp makin bercambah rase syg ni….

‘kalau syg x semestinye memiliki…’

Aku terima klau ko bkn tuk aku….aku nak ko tahu….aku sentiasa doakan kebahagian ko…sbb aku syg kat ko….

MAAF….aku x berani nak luah…aku malu tuk ckp yg aku suka ko….

Aku nak ko tau….tgk wajah ko pon dh cukup wat aku senyum…..             

Giler sudah aku ini…..dh 3 hari aku mimpi ko….
Aku sedey tgk ko sedey…aku tumpang gembira klau ko gembira….

Aku harap ko x kan tahu aku suka ko…..

Aku x penah suka lelaki mcm aku suka kat ko….

Kalau ko tau aku suka ko…tolong jgn benci aku ye……aku x minta perasaan ini dtg….

Sampai sekarang aku masih mencuba melupakan ko…..

Maaf untuk perasaan ini…..

Aku selalu berdoa supaya ko bahagia dunia dan akhirat….

Mungkin korang yg baca mungkin ckp aku  ni merepek…tp ini la perasaan yg aku x penah minta….

kalau sy blh ubah mase......kamu lah org pertama yg x kan sy jumpe.....=(