Showing posts with label kata jemari. Show all posts
Showing posts with label kata jemari. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

janji.



Kimi sayang qaseh,kimi janji kimi tak akan sayang wanita lain selain dari qaseh dan tak akan sesiapa yang boleh ganti tempat qaseh dalam hati ini.-2005

Maaf qaseh,mungkin sayang kimi kat qaseh terhenti sampai disini sahaja.kimi dah jumpa orang lain. qaseh carilah lelaki lain,ramai lagi diluar sana. Jangan tunggu kimi lagi-2010

Qaseh sayang kimi.Hari ini hari jadi kimi.Qaseh ada hadiah untuk kimi. Hadiah istimewa sayang. Sempena genap lima tahun kamu memberi derita. Kimi juga patut rasa apa yang qaseh rasa.Tapi hadiah ini untuk seumur hidup.Qaseh tak nak kimi mungkir janji,sebab itu qaseh buat juga. Dan saya mahu penuhi permintaan kamu sayang supaya berbahagia dengan lelaki lain. Ye,qaseh akan kotakan setiap perkataan yang kamu lontarkan.Sebab qaseh sayang sangat-sangat dekat kimi.

Kuih lepat ni qaseh buatkan khas untuk kimi. Ramuannya adalah jampi serapah supaya hati kamu sentiasa diikat untuk mengingati saya. Qaseh tak kejamkan sayang? Qaseh tak bunuh kimi pun. Qaseh tak belah hati kimi mengunakan pisau pun. Sebab qaseh tak nak semua itu. Qaseh nak kesetiaan kamu sayang.Supaya kamu penonton setia untuk kisah bahagia saya bersama insan yang lain. Supaya kamu rasa sakitnya bila sayang itu bukan milik kita lagi. Tolong sayang. Jadilah hamba cintaku. Itu saja yang qaseh mahukan.

Sayangku kimi, semoga kau menemui penawar untuk kesengsaraan ini.

p/s: untuk zinesatumalam~pop fiksi

Saturday, June 25, 2011

identiti DUA.


Bernama zulaika dikampung,
Dipanggil zack ketika dibandar.

Siang menjadi minah kilang,
Malamnya pelayan nafsu sejenis.

Cantik serta sopan santun semasa dikampung,
Sangat gangster ketika  dibandar.

Siang perempuan,
Malam menjadi lelaki.

Berbaju kurung serta bertudung dikampung,
Berseluar pendek dan baju koyak-koyak dibandar.

waktu subuh ke surau,
waktu malam ke kelab hiburan.

Dihadapan orang tua sangat manis,
Dihadapan kekasih sangat kacak.

 p/s: untuk zinesatumalam~pecahan personaliti

permulaan.

saya minat dalam seni penulisan.cuma tiada peluang dan landasan untuk mencampakkan idea.kalau korang perasaan ada entry saya berbentuk puisi dan lontaran kata.selalunya saya menulis untuk ZINESATUMALAM. ada untuk aktiviti wall, ada juga untuk dimuatkan dalam zine.bentuk penulisan bergantung kepada tajuk yang diberi.

saya masih mentah sebenarnya,kadang-kadang terasa kerdil sangat.karya mereka didalam zine sangat hebat.karya saya biasa-biasa sahaja.cuma minat yang mendalam.saya jadikan ini sebagai hobi.masih baru saya menyertai zine ini di'muka buku'.dan tak semua karya yang saya tulis untuk zine.

setiap penulisan,saya sedaya upaya tidak mengaitkan mereka yang masih hidup dan yang telah tiada.kalau ada terasa,saya mohon maaf.saya hanya mengikut klasifikasi tajuk yang diberikan berdasarkan isi yang relevan.

terima kasih diatas tatapan kalian atas karya saya yang tidak seberapa ini.

p/s: entry ini perlu dibaca dalam intonasi formal.=)

Thursday, June 23, 2011

fantasi lena.

MIMPI,
adalah teater lena mu
Pelbagai kisah dipertontonkan
Suka mimpi itu atau sedih bukan pilihan-mu
Ceritera tanpa pengarah
Tetapi..tatapan mu ketika lena
Terkadang mahu ‘mimpi’ itu
Mungkin kerana ingin sudahinya atau penghujung kisahnya

MIMPI??
Adakah mimpi aku itu menarik
Tetapi aku lupa
Puas aku mengingati
Kemana perginya ia
Aku harus ingati
Hampa……

MIMPI,
Adakah sandiwara teater realiti?
Yang terkadangnya benar
Yang terkadangnya petunjuk
Yang terkadangnya khayalan
Yang terkadangnya hasutan syaitan
Yang terkadangnya impian

MIMPI,
Tanpa mu
Sepi lena ku
Sunyi malam-malam ku
Kosong minda ku
Resah pagi ku

Semoga mimpi-mimpi ku
adalah sipnopsis karya terbaik dari pelakon-pelakon 
yang terkadang tidak pernah aku kenali
kerana mimpi bukan sekadar permainan tidur tetapi
lumrah manusia ketika lena nya.


Tuesday, June 21, 2011

bapakDAY

~sempena bapakDay aku ada buat "dua" puisi
~tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada
~semua orang ada ayah kan?
~ada banyak jenis ayah, antaranya ialah :
  1. baik dan penyayang
  2. garang dan bengis
  3. hanya pada nama
  4. ayah tiri
  5. ayah angkat
  6. ada ayah,tapi tak pernah jumpa
  7. nampak garang tapi penyayang
  8. berkorban apa sahaja, tapi anak tak menghargai  
~banyak lagi ni. cuma walau macam mana pun mereka. mereka tetap ayah. baik atau buruk. kaya atau miskin. sebab tanpa mereka.siapa kita didunia ini.~



oh! papa cool.


Saya sayang papa!
Sebab papa  banyak duit

Saya sayang papa!
Sebab papa best sangat

Saya sayang papa!
Sebab papa tak pernah marah

Saya sayang papa!
Sebab harta papa saya yang punya

Saya sayang papa!
Sebab esok dapat kereta ferrari.

Saya sayang papa!
Sebab segala empayar perniagaan papa saya dapat

Saya sayang papa!
Sebab papa ada rumah banglo yang cantik

Saya sayang papa!
Sebab papa cakap duit menghalalkan cara
                                     
Saya sayang papa!
Sebab  papa suka poligami

Saya sayang papa!
Sebab papa kata bila tua tak payah jaga papa

Saya sayang papa!
Sebab papa tak pernah masuk campur urusan saya

Saya sayang papa!
Sebab papa terlalu percaya saya

Saya sayang papa!
Sebab papa ajar duit boleh beli apa yang kita mahukan,termasuk kasih dan sayang.


lelaki itu ayah.


Ayah,
Kau ada didepan mata
tetapi mengapa aku tidak merasa sentuhannya

Ayah,
Kita tidak pernah terpisah
Namun kenapa hatiku bersama yang lain jauh beribu batu

Ayah,
Umurku sudah mencecah 24 tahun
Tapi pernahkah aku mencium dam memelukmu?

Ayah,
Boleh hilangkan sedihku
Dan berikan aku sedikit kegembiraan dihujung usia-mu

Ayah,
Bukan wang ringgit yang kami mahukan
Tetapi sedikit masa dan hati-mu

Ayah,
Boleh jadi pelindung kami walau sekali seumur hidupmu?
Boleh ada dikiri dan kanan kami ketika kami benar-benar memerlukanmu?

Ayah,
Aku cemburu melihat mereka yang bahagia bersama ayah mereka
Tidakkah kau mengetahui itu
Atau tak punya perasaan seperti mereka yang bergelar ayah

Ayah,
Setiap hari kami  berdoa untuk-mu
Datanglah yang baik untuk-mu
Tapi adakah didalam doamu itu adanya kami

Ayah,
Andai kata hari ini hari terakhirku didunia
Aku bersyukur kerana punya ayah
Kerana ayah ,aku dapat melihat dunia.

Ayah,
Walau aku bukan kilauan berlian buatmu
Aku tetap sayang kamu
Kerana aku bukan tembok yang kalis segalanya

Ayah,
Sempena harimu
Capailah apa yang kamu inginkan
Kalau itu kunci bahagia mu

~kerana bukan semua yang ada  ayah itu dapat merasai  kasih sayang dari seorang yang digelar ayah~

p/s: untuk zinesatumalam~ayah

Sunday, June 19, 2011

Khayalan tanpa sempadan.



coretan dari minda kreatif kartunis
menghiasi dunia realiti
diatas sehelai kertas kosong di temani sebatang pencil
serta  mengunakan  teknologi untuk meluahkan segala imiginasi yang tersirat.

Menemani dunia indah zaman kanak-kanak
Yang seperti seceria matahari dan secantik bulan dilangit
Yang masih tidak mengerti apa itu kehidupan
Yang ada hanya kegembiraan dan impian yang nyata.

Sama ada dibaca atau dilihat
Tiada sakit atau derita seperti kita rasai
Yang ada hanyalah khayalan imiginasi yang terlampau.

Menjadikan manusia itu mempunyai deria setia 
untuk terus meminati setiap watak yang ditonjolkan
Watak yang bersahaja dan ‘happy ending’.

Terkadang mahu menjadi seperti mereka
mengunakan kuasa bulan dan mentari untuk menumpaskan musuh,
berada diatas bangunan yang tinggi untuk menjaga penduduk bumi,
mempunyai poket sakti untuk merealisasikan impian mereka yang bernama manusia,
tidak pernah kalah,Yang ada hanyalah episod akhir.

Pernah terlintas difikiran
Betapa uniknya manusia yang mempunyai imaginasi yang terlampau
Hasil kreativiti yang indah dan tidak pernah suram.

Ya.mereka mampu menghiasi jiwa mereka yang telah dewasa
Kerana dunia kartun itu sesuatu yang indah dan penuh warna-warni.

 p/s: untuk zinesatumalam~kartun

Saturday, June 18, 2011

jom baca :)

                                    
                              kisah anak dan pemain gitar bernyawa

Pada suatu hari, di sebuah kampung bernama ‘temasik’ terdapat sepasang suami dan isteri yang bernama kayu dan pohon .Mereka sudah lama mendirikan rumah tangga,Tetapi masih belum mempunyai cahaya mata.Meraka sangat kaya dan sanggup berbuat apa saja asalkan mendapat seseorang yang digelar ‘anak’.

Lalu suatu hari mereka terjumpa dengan seorang ‘pemain gitar bernyawa.’Penduduk kampung mengatakan gitar ini mempunyai kuasa untuk menghidupkan nyawa, lalu mereka berjumpa dengan pemain gitar bernyawa tersebut.

Pemain gitar bernyawa  itu bersetuju akan menunaikan permintaan mereka tetapi dengan satu syarat iaitu, anak ini harus  mempelajari  gitar untuk memanjangkan usia nya. Pemain gitar bernyawa itu berpesan 'jikalau mahu anak ini hidup selepas tujuh tahun ajarnya bermain gitar dan muzik yang terhasil dari gitar tersebut akan memanjangkan usianya'.

Akhirnya  hajat mereka tercapai,lahirlah daun kedunia. Pohon dan kayu begitu bahagia.Penduduk kampung turut tumpang gembira diatas kelahirannya. Lalu kayu dan pohon mengucapkan terima kasih kepada pemain gitar bernyawa itu.

Pabila usia daun mencecah 4 tahun kayu dan pohon berpindah ke sebuah  kampung bernama ‘tanjung’. Mereka beranggapan apabila berpindah syarat itu akan terhapus.

Pada usia 7 tahun, daun semakin lemah dan sakitnya tiada penawar. Puas sudah dibawa berjumpa pawang terhebat,tetapi masih juga belum sembuh.Kayu dan pohon tetap tidak mahu mengajar daun bermain gitar kerana mereka yakin daun mampu hidup tanpa muzik yang terlahir dari gitar.

Akibat kealpaan kedua org tua nya, akhirnya daun telah ghaib untuk selamanya,kayu dan pohon begitu sedih lalu mencari pemain gitar bernyawa itu,tetapi kedatangan mereka dihalau kerana pemain gitar bernyawa itu murka.

Kayu dan pohon begitu menyesal kerana telah kehilangan satu-satunya cahaya mata yang mereka kasihi akibat perbuatan mereka,dan sekarang hidup mereka hanya ditemani tangisan dan airmata kerana merindui daun. 

p/s: untuk zinesatumalam~cerita donggeng.