Showing posts with label mak mak. Show all posts
Showing posts with label mak mak. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

tips; p.e.r.t.a.m.a

Barang kering

Beli barang dapur ni sebenarnya tak la susah, Cuma kena pandai merancang.

1-Paket – beras, biskut, gula,garam,rempah   
* beli paket besar, ada yang tahan sehingga 2 bln*

2-Refill – sabun, susu tepung, kopi, milo         
* untung 1kg dari harga botol*

3-Caton- susu, sardin                                   
 *untung sehingga 30-40sen se-tin*

4-botol- sos, kicap, minyak masak , cordial   
*beli dalam  botol yang besar,berbaloi *

5-pack besar- bihun, maggi.(pack jimat rasanya,tak berapa ingat)
*lebih jimat dari harga biasa*

Ini adalah contoh,dan cara aku beli barang. Tak semua barang aku beli tahan sehingga sebulan.ada sehingga 2-3 bulan. Tetapi bergantung kepada kekerapan kegunaan jugak.

Cuma pada bulan puasa dan raya.kena beli lebih.sebab memang perbelajaan dapur akan melonjak dua kali ganda lagi.

hehe*sempat lagi bergambar*

p/s: harap-harap tips saya dapat membantu anda membeli secara bijak.

bos kecik.


Sejak aku habis belajar, urusan rumah aku yang ambil alih sepenuhnya. Sebab abang aku dah tak nak uruskan lagi ditambah kakakku memang tak suka bab-bab barang dapur ni.

Bermula januari lepas, barang keperluan seperti basah dan kering aku yang uruskan.*kalau cukup  aku dapat pujian.kalau kurang nasib ko la ani oiii*kalau dulu,aku tension sebab selalu kena pergi kedai,ada je barang dah habis.al-maklum la.yang beli pun abang aku.orang lelaki ni dia kurang peka sikit macam orang perempuan.

jadi, dibawah pemerintahan kuku besi; barang dapur(barang kering akan dibeli setiap 29hb)setiap bulan.dari situ baru tahu apa yang banyak guna,atau jarang guna.barang basah pula, aku beli setiap khamis (dekat pasar malam taman tasik).

moto aku adalah’ beli barang sebulan sekali’. Untuk barang kering la. Dan hasilnya…*WOW* berjaya.yihaaaaaaaaaaaaaaaa!

barang basah pula, seminggu sekali la. Ada benda yang tak boleh simpan lama; macam kelapa.jadi aku tak beli kat kedai.aku beli kat suri rumah yang meniaga kecil-kecilan. Contoh harga untuk 1 biji kelapa parut rm1.50, kalau kat kedai rm 2.30.kat sini kita dah boleh jimat.beza harganya.

walaupun dalam usia yang muda,aku bangga.tak perlu nak bergantung dekat mak lagi.aku sudah mampu menguruskan rumah.walau hati belum terbuka nak kahwin *hehehe*.sekurang-kurangnya, mak dah boleh rehat,tak perlu nak pening kepala lagi. 

walaupun dari segi kewangan aku belum mampu sepenuhnya,tapi dari duit yang adik beradik bagi aku agihkan apa yang harus dibeli. Dan kewangan keluarga juga nampak perubahan yang positif.


TIPS BELI BARANG DAPUR:
  •   Cari tarikh yang sama setiap bulan *harus disiplin*
  •   Kenalpasti  kuantiti yang digunakan dalam sebulan.  
  •   Senaraikan barang yang perlu dibeli
  •   Beli barang yang penting, dan sentiasa digunakan.
  •   Beli dalam kuantiti yang besar , refill, dan caton*jimat*
  •  (ada juga barang yang dibeli dalam kuantiti yang kecil untuk                                 memudahkan mak)
 
 p/s:adakah entry ini terlalu perempuan sangat???keh.keh.keh.