Monday, June 27, 2011

izinNYA



kalau kalian selalu membaca entry ini, kalian pasti kadang kala terlihat kesedihan yang saya coretkan disini.tetapi bukanlah kesedihan yang saya tempah sendiri.ini adalah sebahagian dari ujianNYA.pada saat saya menaip entry ini,jiwa saya sangat tenang dan banyak dugaan telah saya harungi.

saya pernah kecewa dan berhenti berharap.mungkin kerana kurang kasih sayang dan keyakinan diri.bermula dengan kesukaran mencari perkerjaan,berdepan dengan kegagalan,masalah kewangan,konflik dengan segelintir manusia yang sukar menerima kelebihan orang lain.selain itu berdepan dengan majikan yang tidak memahami dan menghormati agama islam.



tetapi tidak pernah sekali saya melupakan ALLAH.s.w.t, masih lagi dijalannya.mungkin terkadang saya berfikir kenapa saya diuji dan ujian saya terlalu berat.tetapi ada hikmah disebaliknya.pernah saya marah dengan diri sendiri kenapa tidak bernasib baik seperti orang lain.cuma bila difikirkan semula, saya selalu bermula dengan kesusahan sebelum mengenal kesenangan.

mungkin ibadah dibulan rejab,seperti yang dijanjikan.apabila kamu ikhlas menunaikan segala ibadah sunat dibulan rejab,maka akan dikabulkan doa-mu.saya telah mendapat satu jalan.cepat atau lambat sahaja untuk memulakan langkah.ini yang saya minat.moga diberkati-nya.



saya adalah manusia yang selalu jatuh dan jatuh lagi.tetapi tanpa saya sedari kadang kala nasib saya lebih baik dari orang lain.cuma mungkin bukan seperti yang saya impikan.saya bersyukur walaupun keluarga tidak perlu bersusah payah untuk memberi saya segalanya,tetapi saya sangat bertanggungjawab dalam menjaga mereka.alhamdulilah,hadiah untuk emak dan bapak.

ini adalah jalan yang ditunjukkan-NYA, kerana niat yang saya titipkan bukan untuk saya.tetapi untuk mereka yang membawa saya kedunia.saya bersyukur,walau datang dari keluarga bukan sempurna tetapi saya masih mampu menjaga akhlak saya,masih lagi mengingati pesanan mak dan kepercayaan emak kepada saya.


insyaAllah,semoga doa saya dan niat saya seiring berjalan.mohon kalian yang membaca entry ini supaya mendoakan saya terus mengingati yang maha esa dan kedua orang tua saya.serta sentiasa berbuat baik dan menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.kerana manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan.


4 comments:

naDdysha said...

Kita takkan jatuh je sentiasa dan org yg di atas itu tidak akan sentiasa berada di atas. Allah maha Adil, ingat tu ya zue? :)

naDdysha said...

Kita takkan jatuh je sentiasa dan org yg di atas itu tidak akan sentiasa berada di atas. Allah maha Adil, ingat tu ya zue? :)

cik QQ said...

itulah,cuma bila kecewa ni kadang2 selalu pikir yang bukan2.tapi saya dah mula redha.cuma lambat atau cepat je rezeki tu datang.

naDdysha said...

insyaallah :) sabar ye kaka :)