Sunday, July 31, 2011

KETUA KULI.

 Sebagai ketua kuli.


seawal 8.30 pagi.muka saya yang kena terpacak dulu.nak bukak kedai.nak bukak pejabat.dipertanggungjawabkan sebagai orang kanan syarikat.saya yang kena menjaga semua benda.manusia,duit.termasuk la kunci.saya bekerja di sebuah syarikat di seremban.dilantik oleh FAMA sebagai wakil pembekalan produk agromas untuk seluruh kawasan dinegeri sembilan.alhamdulillah.terima tengku ishak.kerana memberi kepercayaan kepada saya.berbekalkan pengalaman yang ada.saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bisnes terbaru beliau.dalam tempoh 3 bulan ini.saya menjalani latihan untuk kejawatan seterusnya.



bercakap soal kerja.seronok.sebab ada pengurus yang baik.rakan sekerja dan pekerja yang baik.kami umpama saudara.tak ada beza.boleh lepak sama-sama.karaoke sama.cuma,saya suka buli bos saya.nama dia tengku mazlan.dah tua.kesian.tengah cari bini ke-4.semoga berjaya bos.masuk kerja suka hati.bila masuk minta laporan kat saya.lepas tu pergi mengadap tengku ishak.dapat pujian baru balik pejabat.tak pernah nampak dia buat kerja.suka sangat online.'MUKA BUKU' sampai dua.pehh.awek kat YM ramai giler yang chat dengan dia.mungkin sebab keturunan diraja negeri sembilan kot.aku agak la. tapi aku tak suka tanya dia bila aku tak faham.sebab.dia suka cakap dia ada pengalaman kerja bank.30 tahun.kalau nak tanya cikit.boleh jadi tergendala kerja aku.tak larat nak dengar dia berleter.aku jugak jadi mangsa.sebab pekerja semua cari aku.nak tak nak.aku la yang terpaksa adap dan tadah telinga kat dia.bukan senang jawatan aku ni.bos besar pon lebih suruh aku dari dia.mungkin sebab dia penasihat syarikat dan sementara je kat sini.sampai aku dah dilatih dan mampu berdikari baru dia ke bisnes seterusnya.



kadang-kadang aku tutup pintu pejabat.sebab tak nak dia masuk.jahatkan aku.bukan apa.kadang-kadang aku benggang gak.semua aku buat.tapi dia baik.kalau aku kunci pintu.dia telefon.cakap baik-baik je.bila aku tengah sibuk+stress+marah.mesti dia buat lawak.kalau aku diam dia ajak borak.kadang-kadang aku kesian tengok dia.dah tua.anak-anak jauh.mungkin dengan kami dia tumpang kasih.cuma satu aku puji dia.walaupun dia tak buat kerja.tapi idea dia memang terbaik.dia pandai bercakap.dia jaga kami,sampai staff syarikat lain nak jadi CCTV bergerak pun tak lepas.

bos kami ada banyak cawangan.dan semuanya dinegeri sembilan.semua bisnes dia berjaya.konsep tempat aku kerja ni,macam drama kat TV2.memang sebiji.kehidupan orang kaya.ada pemandu.oit!memang macam drama tv kerajaan la.aku sayang tempat ni.bukan senang nak cari kerja dan diberi kepercayaan.tapi aku bersyukur.aku lambakan segala yang aku tahu.tak sia-sia selama ni aku kerja biasa-biasa.semua itu aku gunakan walaupun tak banyak.betul cakap orang.pengalaman itu penting walaupun sedikit.



nanti aku letak gambar tempat kerja aku.syarikat ni ada dua tingkat bawah kedai untuk customer walk in+stor untuk peruncit.tingkat atas bahagian pentadbiran dan pemasaran.belum ramai kakitangan lagi.sebab tu la peluang aku agak cerah disini.aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.walaupun tak se-gah tempat kerja macam kawan-kawan yang lain,tapi aku tetap gembira dan jujur dengan apa yang aku lakukan.

p/s: nanti bila pejabat dah dihias cantik-cantik saya amik gambar letak kat pondok ye.

bersawang sudah.

lamanya tak bukak blog.rindu pulak rasa.macam-macam nak cerita.tapi tak ada masa.hehehe.banyak teater kehidupan yang berlaku.ada yang gembira ada yang sedih.tapi sebagai manusia itu adalah lumrah.

jom-jom.kemas sawang dipondok ni.dah berabuk.lama sangat ditinggalkan.



Saturday, July 23, 2011

taraaaaaaaaaaaa!!

kita beli ni untuk mak. harap mak suka.hehe.ini azam saya.nak bantu keluarga.mak pun tak sihat.tak boleh buat kerja berat.semoga mak sihat sentiasa.*senyum*


p/s: seronok sangat.heheh.semoga saya terus berbakti kepada emak dan bapak.rasa berbaloi sangat apabila penat lelah itu dikongsi bersama.

Tuesday, July 19, 2011

syukur.

alhamdulillah,pembedahan mirul berjalan dengan lancar.mirul pun dah sedar.syukur sangat sebab mirul tak masuk ICU.besar jugak tonsil mirul bila doktor tunjuk lepas pembedahan.

pembedahan mirul berisiko tinggi,sebab mirul ada obesiti dan asthma.tapi berkat doa.selepas 2 jam pemedahan mirul dah sedar.sedar je terus bagi aiskrim.demand jugak budak kecik ni.siap request nak aiskrim coklat.

lega sangat rasa.yang penting mirul sihat.hujung bulan tuntut hadiah la budak kecik tu.

risau. berdebar. hadapi.



disaat menaip entry ni, hati saya sangat berdebar-debar. esok mirul operate tonsil.harap sangat-sangat semuanya berjalan dengan lancar.

kadang-kadang kita tak mampu nak menyelamatkan orang atau melindungi orang lain.kerana ia diluar kawalan kita.cuma berdoa supaya orang tersayang berada dalam keadaan yang baik dan sihat sentiasa.

moga operation mirul berjalan dengan lancar.itu sahaja harapan dan doa saya.

p/s: cepat sembuh bun-bun.hujung bulan maksu beli hadiah untuk kamu.

Sunday, July 17, 2011

hidup.

Dah lama tak update blog.huhu.kehidupan yang cukup sibuk dan permulaan yang hampir sempurna.tanggungjawab pada kerja dan pada keluarga.terkadang tiada masa untuk berfikir tentang diri sendiri.semoga setiap yang saya lakukan sentiasa diberkati yang MAHA ESA.

banyak perkara yang bakal saya lakukan.ye.saya semakin matang dan semakin mampu berdikari serta sudah pandai untuk membuat keputusan.alhamdulilah.saya redha andai ini rezeki yang saya peroleh.

syukur diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti pada keluarga.moga apa yang saya inginkan akan tercapai.amin.

waktu saya ibarat keretapi diatas landasan.bergerak pantas untuk ke stesen seterusnya.

sangat penat tapi gembira.

p/s: esok hari isnin.selamat bekerja.

mizi pulak.

Sepanjang minggu ni, mizi dimasukkan ke wad.sebab sakit perut dan doktor suspek denggi.emmm.kalau betul mizi kena denggi, ini kali kedua mizi kena.mudah-mudahan mizi cepat sembuh dan sihat seperti biasa.amin.



                                                         *abang besar pemalu bila bergambar*


Sunday, July 10, 2011

janji.



Kimi sayang qaseh,kimi janji kimi tak akan sayang wanita lain selain dari qaseh dan tak akan sesiapa yang boleh ganti tempat qaseh dalam hati ini.-2005

Maaf qaseh,mungkin sayang kimi kat qaseh terhenti sampai disini sahaja.kimi dah jumpa orang lain. qaseh carilah lelaki lain,ramai lagi diluar sana. Jangan tunggu kimi lagi-2010

Qaseh sayang kimi.Hari ini hari jadi kimi.Qaseh ada hadiah untuk kimi. Hadiah istimewa sayang. Sempena genap lima tahun kamu memberi derita. Kimi juga patut rasa apa yang qaseh rasa.Tapi hadiah ini untuk seumur hidup.Qaseh tak nak kimi mungkir janji,sebab itu qaseh buat juga. Dan saya mahu penuhi permintaan kamu sayang supaya berbahagia dengan lelaki lain. Ye,qaseh akan kotakan setiap perkataan yang kamu lontarkan.Sebab qaseh sayang sangat-sangat dekat kimi.

Kuih lepat ni qaseh buatkan khas untuk kimi. Ramuannya adalah jampi serapah supaya hati kamu sentiasa diikat untuk mengingati saya. Qaseh tak kejamkan sayang? Qaseh tak bunuh kimi pun. Qaseh tak belah hati kimi mengunakan pisau pun. Sebab qaseh tak nak semua itu. Qaseh nak kesetiaan kamu sayang.Supaya kamu penonton setia untuk kisah bahagia saya bersama insan yang lain. Supaya kamu rasa sakitnya bila sayang itu bukan milik kita lagi. Tolong sayang. Jadilah hamba cintaku. Itu saja yang qaseh mahukan.

Sayangku kimi, semoga kau menemui penawar untuk kesengsaraan ini.

p/s: untuk zinesatumalam~pop fiksi

Saturday, July 9, 2011

aktiviti malam jumaat

yihaaaaaaaaaaaaaaaaa!sekarang musim durian.alhamdulilah.tahun ni pokok abang long berbuah.selalunya pokok ni berbuah 2 atau 3 tahun sekali.tapi bila berbuah.pehhh.durian memang terbaik la.rasa lemak berkrim.jarang jumpa.al-maklum la durian kampung.asli.memang makan penuh nikmat la.hehe.





Tuesday, July 5, 2011

buncit.

salam,

apa khabar?huh!minggu yang penat sangat-sangat.

emm.si buncit masuk wad.tonsel tahap TIGA.kena operate.tapi 2 minggu dari sekarang.kesian dah la asthma.cepat la kamu keluar wad mirul.




*maksu sayang buncit*

p/s: semoga cepat sembuh bun-bun.maksu risau sangat.

Sunday, July 3, 2011

sehari di hari ahad.

hari ahad buat apa?jawapan saya ada dua sahaja.


1- tidur.penat la.

*ini memang cara gua tidur.hehe*

2- dobi!!!kain banyak oiii.
*amik kau.cuci kain tuk 1 minggu*


~mahu berehat sebentar sebelum menunggu waktu berbuka.selamat berhujung minggu.

bulan sya'ban

Alhamdulillah.hari ini sudah 1 syaaban.

selamat berpuasa sunat sya'ban.


~Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

~Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.

~Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

~berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

~Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

~Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

~Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

~Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.

~sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

~Tersebut dalam kitab Al-barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

~sama-samalah kita memanfaatkan kebaikkan bulan sya'ban ini.setiap manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan,tetapi jangan pula kita menutup hati kita menerima kebaikkan dan keinsafan.

p/s: sekadar perkongsian.ini adalah ringkasan keistimewaan bulan sya'ban.insyaAllah kalau ada masa saya akan berkongsi kelebihan malam israk mikraj,nifsu sya'ban dan lailatul qadar.