Thursday, November 24, 2011

kesukaan.

kalau tension.kena shopping.hehe.

ini koleksi terbaru tudung saya.sempena majlis kenduri kendara bulan december ni.ada dua majlis penting.hehe.
tudung ni tak lain tak bukan dari jenama kegemaran saya la.PEARL HAYA.huhuu.


p/s: susah ye jadi orang perempuan ni...semua benda nampak cantik.lagi2 bila dah bekerja.

nama je dok n.9

kenapa saya tulis macam tu..
sebab baru pertama kali makan kat restoran warisan.kat kuala pilah je.
bukan jauh pun.huhuhu.dah lama tempat ni wujud.aku je tak ada masa nak pergi.
minggu lepas aku pergi dengan opis mate terchenta.sedap la tomyam dia.
harga berpatutan dan sedap.pergi waktu hujan.nyaman je rasa.hehehe.ada masa nak pergi lagi.

jom layan gambar dibawah:-


*menu saya*

*menu linda*

*cik linda musa*

*muka penat sangat*

~thank linda..sebab teman saya.huh.masa ni saya tension sangat.masalah kerja melampau-lampau.letih dibuatnya.tapi saya happy...sebab makanan sedap..=)

buku.dibaca.

holaaaa...november...
lama tak melawat pondok ni...
emmm....saya ada beli buku motivasi...tiba-tiba malas nak beli novel.
sekali sekala tukar angin.cari sesuatu yang berilmu dan boleh dikongsi.
ringkas dan padat dengan ilmu bermanfaat.

*kulit buku*

*dalam buku*

p/s: tak rugi beli buku ni.hanya rm17 sahaja.=) 

Thursday, October 27, 2011

27 oktober 2011

sehari selepas deepavali.....

hohohohoho.aku la manusia paling sibuk sekali.kerja diopis melampau punya banyak.rasa nak tambah je kaki dan tangan extra.

atas katil~kerja~makan mangga

wahai pekerja bawahan a.k.a kaki kipas.kenapa bos besar syg dan bagi aku gaji lebih.sebabnya ialah:-

*orang masuk kerja pukul 8.30am aku datang pukul 8am.*
*orang balik pukul 5.30pm aku balik pukul 7pm++*.
*orang balik umah rehat aku balik umah sambung kerja yang tak sudah diopis.huhuhu.*
*sabtuahad org cuti aku masuk buat kerja bos korang yang tak berguna itu*

p/s: sabar pun ada batasnya.

Wednesday, October 26, 2011

syda wahab.

inilah dia cik syda wahab.huhuhu.ex housemate diuniten dulu.dalam banyak2 kawan rapat.budak ni paling lama aku tak jumpa.bila kira balik dah setahun.lamakan.rasanya lokasi tak la jauh.tapi kehidupan masing-masing mengalahkan menteri pulak sibuknya.

thank syda.seronok berdating bersama kamu.paling seronok bila bergambar diputrajaya.haha.dua ketul pun jadi gak.

melompat lebih tinggi =)

hilang segala kesedihan yang melanda kami berdua.rasenya first time keluar berdua bersama syda.tak sangka syda ni memang gila2 gak cam aku.hehe.

yeah!shopping..=)

p/s: tak sabar nak shopping bersama syda lagi.heheh.=)

bulan oktober.

beli!beli!beli.......

best la cerita ni.sweet dan kelakar sangat.huhuh.tak rugi kalau terBELI.

p/s: saya dah pandai beli novel on9 dan harga pun lebih murah.=)

aku.mak.kakak.

hohohoho....
*mak yang sangat pemalu bila bergambar*

sempena deepavali.
hari cuti.dapat tidur lama sikit.
dan yang penting......sudah dapat gaji....hehehe
cuti yang indah ni aku dan kakak bawak mak jalan-jalan.kesian mak awal bulan november nak operate mata.sebab ada selaput.tahap kritikal.sebab penglihatan mak sangat kabur.

semoga semuanya berjalan dengan lancar.=)

p/s: best sangat bila setiap kali dapat gaji belanja mak&bapak =)


16 0ct 2011

yeah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

saya sudah convo.......heheheh.

walaupun terselit suka dan duka pagi itu,saya tabah mengharunginya. dan yang penting saya dah ada segulung ijazah. mak&bapak adalah orang yang sangat gembira.alhamdulilah.berjaya juga saya sampai hingga ke tahap ini.amin.




p/s: saya masih seorang pelajar sebenarnya.kerana hari-hari yang kita harungi perlu di pelajari untuk bekalan masa hadapan.

Sunday, October 2, 2011

masalah.

aku menghadapi masalah kulit kepala,dan rambut tak sihat. yang memang kawan rapat dengan aku,memang tau sangat.macam-macam produk aku cuba tuk masalah rambut ni.kadang2 stress jugak.

dan lagi teruk bila aku kerja luar.kena matahari,dan kulit kepala berminyak.aku pulak bertudung.balik lewat n tak sempat nak cuci rambut sebab terlalu penat.boleh pulak aku kena kelemumur tahap yang teruk.aduhai.tension gler berganda.sekarang aku cuba syampoo ni.adui.aku tak tahan bau dia la.bau halia lak tu.tapi lepas pakai kelemumur dah tak ada.cuma tinggal gatal dan berminyak.


kalau ada sesiapa yang ada kelemumur boleh cuba produk ni.bagus.harga berpatutan.dan aku mintak tolong sangat kalau ada sesiapa yang boleh bagi aku idea/pandangan untuk mengatasi masalah kulit kepala berminyak. tension sangat.kadang2 rasa nak botakkan je.tapi itu bukan penyelesaian kan.=(

pelik pulak.

kenapa pelik??

sebab tiba-tiba saya suka baca novel.dalam sebulan saya beli dua je la.hehe.kiranya kalau susah nak tidur ke?atau ada masa lapang saya baca la =)

ni novel bulan september.best la.



p/s: nak beli novel apa ye bulan ni???=)

alahai 1 oktober.

perkara pertama:
emm, alhamdulillah.masalah tempat kerja dah selesai.sebenarnya saya ada masalah dengan manager saya.dia iri hati sebab saya lebih interpreme dari dia.macam2 dia buat,sampai cabar saya berhenti,malukan saya dekat meeting,selalu marah-marah.saya tertekan sangat.dia tak buat kerja.semua kerja dia saya buat,mana nak  kejar tugasan saya lagi,sikit pun tak ucap terima kasih malah saya dikutuk adalah.sebab stress sangat saya pergi mengadap director.nasib baik pak engku percaya saya.lapang sangat rasa.semua saya luahkan.rasa bertuah sangat sebab pak engku percayakan saya lebih dari anak buahnya sendiri.dan pak engku janji akan ajar saya selok belok dunia perniagaan ini.terima kasih pak engku.sebab sudi ambil saya kerja,percayakan saya,n nak bantu saya dalam dunia yang penuh politik dan pancaroba ini.

perkara kedua:
pagi sabtu itu juga,sebelum pergi kerja.mak pitam.mak jatuh.kesian mak.susah hati ini.harap-harap pinggang dan kaki mak tak bengkak,sebab rabu minggu depan nak bawak mak pergi pakar mata.mak dah tak nampak,kesian.doktor cakap selaput mata mak dah teruk.harap-harap mak cepat sembuh.saya sayang mak.

perkara ketiga:
happy belated birthday amizi.heheh.sory.mak su lambat bagi hadiah.alhamdulillah mizi pun suka hadiah ni.

perkara ke-empat:
hehehe.semalam baru beli kain tuk convo.nasib baik tailor terima tempahan lagi.aku pun lupa.deepavali bulan ni.kalau tak membazir je beli kain.tema convo aku; warna purple je.huhuhuhu.dan first time cuba jenama tudung yang lain.aku pilih tudung 'mawaddah' tuk pergi convo nanti. untuk convo.settle.pakai sederhana je.yang penting tak membazir dan aku boleh pakai tuk pergi kerja.hehe.


perkara ke-lima:
gaji bulan ni aku belikan mak kain cotton dan mak sangat suka.boleh juga mak buat kurung kedah tuk pakai kat rumah.tuk bapak bulan depan la ye.hehhehe.dan terima kasih kak bedah sebab belanja kami.heheh.



p/s: hari sabtu yang cukup padat =)

minggu lepas.

lamanya tak update n singgah blog ni.nak singgah blog orang lain pun dah tak ada masa sekarang ni.huhu

hey,minggu lepas saya jumpa tabby sharif, lydia syukor dan syafat syarif.hehehe.sangat gembira.karaoke,shopping,borak-borak.tak sangka adik tila sangat happening n seronok la kawan dengan dia.

thanks tila & lyd sebab teman saya beli handbag n baju kerja.haha.bab-bab shopping ni aku memang suka tanya tila.sebab nanti dia yang tolong pilihkan.cuma cakap berapa je budget yang ada.tau la dia nak bawak masuk butik mana.lama jugak tak jumpe mereka ni.tapi saya seronok walaupun dah jarang jumpa,kami masih rapat macam dulu.alhamdulillah.

insyaallah,bulan ni boleh jumpa cik naddy sha,ieja,shida,ileen,sherry,dan ramai lagi ni.hehehe=)

p/s: walau macam mana pun kalian,sayang saya sebagai teman tak akan berubah.=)

Friday, September 9, 2011

kawan terbaik saya.

ini dia budak comel dan sangat baik hati.tak pernah lupa saya.dan pembaca setia blog saya yang banyak sawang ni.=)naddy!!!saya rindu kamu.tak sabar nak jumpe hujung bulan ni.terima kasih sebab banyak bantu saya bila saya susah.jasa kamu sangat-sangat saya hargai.

tentang naddy ni simple je~
kereta JKP, kamera DSLR,suka makan NASI AYAM PENYET,pendengar SETIA,setia pada CINTA,bukan mudah MENGALAH,tauke CUPCAKE,kerja kat TNB,budak PANDAI,suka minum TEH MANIS dan geng TERJAH SAYA.heheh.orang nye CANTIK.tak perlu mekap sangat pun dah cantik.

terima kasih sebab jadi kawan saya sehingga hari ini.dan alhamdulillah dipertemukan kawan sebaik kamu=)



p/s: kalau aku malas sampai bersawang blog ni,kalau rajin sampai tak larat orang nak baca.=)

khamis malam jumaat.

minggu ni minggu yang paling strees untuk aku dan linda(kawan tempat kerja dan geng lepak aku yang baru).apalagi.balik kerja terus keluar berdua.pergi jusco je.

kalau dah jawatan macam ni, tak ada kawan yang seangkatan tak best gak.sampai kat jusco aku dan linda makan di kenny rogers.kebetulan member linda manager kat sana.dapat la kami makanan yang banyak,siap boleh tapau lagi.makan kat sana dapat diskaun n yang tapau semua dapat free je.

muka penat+strees

saya beli kasut baru.saya beli sebab kasut ni warna biru..=)

best gler cerita ni.bak kata linda.cerita kartun mana pernah tak best.huhu.

comel gler lagu ni~




La la la-la la la,
Sing a happy song.
La la la-la la la,
Smurf your whole day long.

La la la-la la la
Smurf along with me!
La la la-la la la
Simple as can be.

Next time you're feeling blue just let a smile begin,
Happy things will come to you...

So smurf yourself a grin!

Oooooo I hate Smurfs!
I'll get you, I'll get all of you
if it's the last thing I ever do! hehehehe!

La la la-la la la,
Now you know the tune,

You'll be Smurfing soon!

p/s: balik je rumah,demam makin teruk.huhu.tapi saya happy.=)

muka.wajah.raut.

setiap perempuan mesti jaga muka kan.haha.untuk orang macam aku ni.yang kurang ayu ni.baru la sekarang nak jaga muka.dulu brutal sangat.sekarang baru sedar dah 24tahun dan kulit makin kusam baru nak susah ati.baru la nak rajin sangat guna produk-produk.

hidup seperti aku ni senang je.aku suka benda yang simple je.tak susah dan aku yakin.itu yang penting.apalagi.aku pergi ke kedai kegemaran dan tadah je muka.nanti mereka bagi tau la apa yang sesuai.

aku ni buat kerja luar jugak.sehari dipejabat.sehari buat kerja luar.macam tu rutin aku bila waktu kerja.jadi kulit aku berminyak dan mula tumbuh jerawat.jadi aku pakai la produk ni.dah dua minggu dah aku guna. nampak la minyak kat muka dah kurang.

ini lah produknya~

pencuci muka.

scrap muka.lepas pakai kulit nampak cerah sikit =)

lepas cuci muka kena pakai.

day cream.

night cream.

kalau ada jerawat baru guna.

p/s: kalau ikutkan tak la rajin nak pakai.tapi bila pikir duit dan tak nak nampak tua.jadi aku rajinkan jugak diri yang sememangnya malas berkaitan kecantikkan ni.





sho.sho.sho.shopping

saja nak buat tajuk gagap sikit.hehe.

orang shopping untuk raya,aku shopping lepas raya.=).tak pe la asalkan ada duit.tak membazir dan beli yang hperlu je.sejak kerja ni la baru aku berbelanja sikit untuk diri sendiri.tapi best la shopping ni.dan lama sangat tak beli pape.patutlah kaum hawa suka sangat shopping.


aku memang gler tudung kat pearl haya ni.=)

p/s: ini lah terapi selepas penat lelah bekerja=)



RAYA 2011

emm...raya tahun ni, aku sederhana je.tapi aku gembira sangat.sebab beli macam-macam benda baru untuk rumah kami.dan puas hati sebab tahun ni aku spend 3hari untuk kemas rumah.memang extra bersih lah.mizi dan mirul gembira sebab aku dah bekerja dan bagi duit rayaaaaaaaaaa.hehe.untuk mak dan bapak.aku hanya belikan persiapan untuk raya je.lari baget nak bagi duit raya.huhuhu.

kesian aku, raya ke-2 dah demam.jadi tak banyak berjalan sangat la.memang kalau sihat pun aku nak duduk rumah je.al-maklum la dah kerja ni.adik sedara semua nak tuntut duit raya.'kopak aku jah'.

ini je gambar raya yang ada.masing-masing sibuk.along beraya belah suami,angah kerja.alang pergi bercuti.tinggal lah kakak ipar,zuraidah,aku,dan mak&bapak.huhuhu.

pearl haya =)

baju baru&tudung lama=)



family kami biasa2 je =)

adik besar VS abang besar

mak&bapak=)

p/s: ini je gambar yang ada dari hp saya.hehe.malas nak amik dari orang lain.heheh

Sunday, August 21, 2011

lelambak.

selalu orang kalau nak update entry suka cakap nak update lelaju.tapi aku nak cakap update lelambak.sebab aku malas hari ni.

1-kemas rumah~minggu depan je.hehe.lagi 3 hari nak raya aku kemas.baru nampak berseri sikit.

2- baju aku pun nak cuci minggu depan.sebab start 23 ogos aku kena hias kedai dan office sempena raya,dan minggu terakhir office renovation.yahoo.lepas ni baru selesa nak kerja.kalau tak habuk dan sebagainya.jadi.boleh pakai selekeh je.

3-sebelum shopping raya. segala bil dan duit dapur perlu dilangsaikan dan diasingkan.kalau tak mati la aku.hehe.

4-aku dah dapat geng dah.oleh kerana kesayangan aku semua diKL.jadi aku kesepian dan keseorangan.alhamdulilah.senang aku bila dapat kawan.boleh lepak.pergi kerja pun senang.hehe.

5-gaji!!!!!aku hanya dipertanggungjawabkan untuk buat slip gaji je.*sedih tul la*.cepat la masuk gaji.huawaaaaa.mahu shopping ni.yang penting.mak dan bapak dulu.

6-raya~untuk rumah ada sikit lagi belum beli.untuk mak tinggal tudung dan bapak kasut je.untuk aku pulak;satu pun belum lagi.huhuhu.kopak gak aku raya ni.mintak2 tuan director bagi duit raya banyak sikit la.huhu.dan berdoa sangat.mana tau abang long bagi duit raya.hahah.

7-alamak!!sekarang aku lak kena bagi duit raya kat anak buah dan adik sedara.huhu.kena buat kira-kira lagi ni.sorang seringgit cukup la.budak kecik tak elok pegang duit banyak-banyak.

8-nikmat berkerja ni best sebab;berbuka kat tempat best-best. dan dapat duit raya.duit dengan makan memang tak dapat dipisahkan dengan aku.hahaha.

p/s: selamat datang minggu yang terlampau sibuk dan memenatkan.

Sunday, August 14, 2011

raya bersama avon

tak boleh bla tajuk entry aku kali ni.minggu lepas kami adik beradik perempuan keluar berjalan bersama.kalau dah nama pun perempuan nampak apa pun semua rambang mata.kebetulan avon ada buat promosi sempena raya.apa lagi aku pun beli la sebab harga murah dan berpatutan.

dan kebetulan memang nak cari tempat letak biskut raya.tahun ni malas nak guna mangkuk kaca.pakai plastik.sebab adik sedara aku ni semua baik-baik sangat.setiap tahun kalau tak pecahkan macam tak sah pulak.ruang pun jimat.ada yang boleh guna 3 in 1 dan 2 in 1.itu yang aku suka.murah dan mudah.

dah kerja ni.apa je benda yang mudah aku mesti beli.ada lagi nak beli ni.kena tunggu gaji.kalau sekali gus beli ada yang berbuka makan bubur je.hehe.

p/s: yeah.semua warna biru.saya suka.

sedih bergaul suka.

sabtu- 13 ogos 2011


saya SEDIH sebab tak dapat pergi butik PEARL HAYA. dekat sana ada sales besar-besaran sempena hari raya.diskaun sehingga 40% itu untuk design baru.kalau design lama 3 helai rm100.

emm.kecewa tau.saya minat sangat tudung kat sana.tapi bila pikir duit banyak nak guna untuk raya.tak jadi pergi.tak pe la.yang penting mak dan ayah dulu untuk persiapan raya ni.itu lebih berkatkan.



saya SUKA sebab saya dapat beli tudung dengan harga yang murah dekat butik RATU.beli tudung rm 49 dapat percuma tudung rm39.untung kan.hari yang sama dua-dua butik tudung kat seremban ni buat sales.hehe.boleh la pakai untuk pergi kerja.

p/s: bila kerja bukan makin kaya.makin kena pikir macam mana nak menjana duit lagi.

majlis berbuka.

rabu - 10 ogos 2011

majlis berbuka puasa ini anjuran bos besar. dekat seremban je. tapi alhamdulillah makanan sedap.port yang baik.geng makan yang baik.tak banyak amik gambar.sebab datang sana nak makan.hehe.

di klana resort

sebelum berbuka

ketika dimeja~




selepas azan~
round 1

round 2

round 3

round 4

sebab makan free semua sedap.otak-otak dia memang terbaik.sedap.2 kali amik. walaupun dah kurus.tong aku masih berfungsi dengan baik.semua aku bedal.balik rumah sakit kepala.hehe.

p/s: masih menunggu majlis berbuka anjuran bos besar di hotel pula.mintak-mintak nama aku tersenarai la.=)