Thursday, October 27, 2011

27 oktober 2011

sehari selepas deepavali.....

hohohohoho.aku la manusia paling sibuk sekali.kerja diopis melampau punya banyak.rasa nak tambah je kaki dan tangan extra.

atas katil~kerja~makan mangga

wahai pekerja bawahan a.k.a kaki kipas.kenapa bos besar syg dan bagi aku gaji lebih.sebabnya ialah:-

*orang masuk kerja pukul 8.30am aku datang pukul 8am.*
*orang balik pukul 5.30pm aku balik pukul 7pm++*.
*orang balik umah rehat aku balik umah sambung kerja yang tak sudah diopis.huhuhu.*
*sabtuahad org cuti aku masuk buat kerja bos korang yang tak berguna itu*

p/s: sabar pun ada batasnya.

Wednesday, October 26, 2011

syda wahab.

inilah dia cik syda wahab.huhuhu.ex housemate diuniten dulu.dalam banyak2 kawan rapat.budak ni paling lama aku tak jumpa.bila kira balik dah setahun.lamakan.rasanya lokasi tak la jauh.tapi kehidupan masing-masing mengalahkan menteri pulak sibuknya.

thank syda.seronok berdating bersama kamu.paling seronok bila bergambar diputrajaya.haha.dua ketul pun jadi gak.

melompat lebih tinggi =)

hilang segala kesedihan yang melanda kami berdua.rasenya first time keluar berdua bersama syda.tak sangka syda ni memang gila2 gak cam aku.hehe.

yeah!shopping..=)

p/s: tak sabar nak shopping bersama syda lagi.heheh.=)

bulan oktober.

beli!beli!beli.......

best la cerita ni.sweet dan kelakar sangat.huhuh.tak rugi kalau terBELI.

p/s: saya dah pandai beli novel on9 dan harga pun lebih murah.=)

aku.mak.kakak.

hohohoho....
*mak yang sangat pemalu bila bergambar*

sempena deepavali.
hari cuti.dapat tidur lama sikit.
dan yang penting......sudah dapat gaji....hehehe
cuti yang indah ni aku dan kakak bawak mak jalan-jalan.kesian mak awal bulan november nak operate mata.sebab ada selaput.tahap kritikal.sebab penglihatan mak sangat kabur.

semoga semuanya berjalan dengan lancar.=)

p/s: best sangat bila setiap kali dapat gaji belanja mak&bapak =)


16 0ct 2011

yeah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

saya sudah convo.......heheheh.

walaupun terselit suka dan duka pagi itu,saya tabah mengharunginya. dan yang penting saya dah ada segulung ijazah. mak&bapak adalah orang yang sangat gembira.alhamdulilah.berjaya juga saya sampai hingga ke tahap ini.amin.




p/s: saya masih seorang pelajar sebenarnya.kerana hari-hari yang kita harungi perlu di pelajari untuk bekalan masa hadapan.

Sunday, October 2, 2011

masalah.

aku menghadapi masalah kulit kepala,dan rambut tak sihat. yang memang kawan rapat dengan aku,memang tau sangat.macam-macam produk aku cuba tuk masalah rambut ni.kadang2 stress jugak.

dan lagi teruk bila aku kerja luar.kena matahari,dan kulit kepala berminyak.aku pulak bertudung.balik lewat n tak sempat nak cuci rambut sebab terlalu penat.boleh pulak aku kena kelemumur tahap yang teruk.aduhai.tension gler berganda.sekarang aku cuba syampoo ni.adui.aku tak tahan bau dia la.bau halia lak tu.tapi lepas pakai kelemumur dah tak ada.cuma tinggal gatal dan berminyak.


kalau ada sesiapa yang ada kelemumur boleh cuba produk ni.bagus.harga berpatutan.dan aku mintak tolong sangat kalau ada sesiapa yang boleh bagi aku idea/pandangan untuk mengatasi masalah kulit kepala berminyak. tension sangat.kadang2 rasa nak botakkan je.tapi itu bukan penyelesaian kan.=(

pelik pulak.

kenapa pelik??

sebab tiba-tiba saya suka baca novel.dalam sebulan saya beli dua je la.hehe.kiranya kalau susah nak tidur ke?atau ada masa lapang saya baca la =)

ni novel bulan september.best la.



p/s: nak beli novel apa ye bulan ni???=)

alahai 1 oktober.

perkara pertama:
emm, alhamdulillah.masalah tempat kerja dah selesai.sebenarnya saya ada masalah dengan manager saya.dia iri hati sebab saya lebih interpreme dari dia.macam2 dia buat,sampai cabar saya berhenti,malukan saya dekat meeting,selalu marah-marah.saya tertekan sangat.dia tak buat kerja.semua kerja dia saya buat,mana nak  kejar tugasan saya lagi,sikit pun tak ucap terima kasih malah saya dikutuk adalah.sebab stress sangat saya pergi mengadap director.nasib baik pak engku percaya saya.lapang sangat rasa.semua saya luahkan.rasa bertuah sangat sebab pak engku percayakan saya lebih dari anak buahnya sendiri.dan pak engku janji akan ajar saya selok belok dunia perniagaan ini.terima kasih pak engku.sebab sudi ambil saya kerja,percayakan saya,n nak bantu saya dalam dunia yang penuh politik dan pancaroba ini.

perkara kedua:
pagi sabtu itu juga,sebelum pergi kerja.mak pitam.mak jatuh.kesian mak.susah hati ini.harap-harap pinggang dan kaki mak tak bengkak,sebab rabu minggu depan nak bawak mak pergi pakar mata.mak dah tak nampak,kesian.doktor cakap selaput mata mak dah teruk.harap-harap mak cepat sembuh.saya sayang mak.

perkara ketiga:
happy belated birthday amizi.heheh.sory.mak su lambat bagi hadiah.alhamdulillah mizi pun suka hadiah ni.

perkara ke-empat:
hehehe.semalam baru beli kain tuk convo.nasib baik tailor terima tempahan lagi.aku pun lupa.deepavali bulan ni.kalau tak membazir je beli kain.tema convo aku; warna purple je.huhuhuhu.dan first time cuba jenama tudung yang lain.aku pilih tudung 'mawaddah' tuk pergi convo nanti. untuk convo.settle.pakai sederhana je.yang penting tak membazir dan aku boleh pakai tuk pergi kerja.hehe.


perkara ke-lima:
gaji bulan ni aku belikan mak kain cotton dan mak sangat suka.boleh juga mak buat kurung kedah tuk pakai kat rumah.tuk bapak bulan depan la ye.hehhehe.dan terima kasih kak bedah sebab belanja kami.heheh.



p/s: hari sabtu yang cukup padat =)

minggu lepas.

lamanya tak update n singgah blog ni.nak singgah blog orang lain pun dah tak ada masa sekarang ni.huhu

hey,minggu lepas saya jumpa tabby sharif, lydia syukor dan syafat syarif.hehehe.sangat gembira.karaoke,shopping,borak-borak.tak sangka adik tila sangat happening n seronok la kawan dengan dia.

thanks tila & lyd sebab teman saya beli handbag n baju kerja.haha.bab-bab shopping ni aku memang suka tanya tila.sebab nanti dia yang tolong pilihkan.cuma cakap berapa je budget yang ada.tau la dia nak bawak masuk butik mana.lama jugak tak jumpe mereka ni.tapi saya seronok walaupun dah jarang jumpa,kami masih rapat macam dulu.alhamdulillah.

insyaallah,bulan ni boleh jumpa cik naddy sha,ieja,shida,ileen,sherry,dan ramai lagi ni.hehehe=)

p/s: walau macam mana pun kalian,sayang saya sebagai teman tak akan berubah.=)