Tuesday, June 21, 2011

lelaki itu ayah.


Ayah,
Kau ada didepan mata
tetapi mengapa aku tidak merasa sentuhannya

Ayah,
Kita tidak pernah terpisah
Namun kenapa hatiku bersama yang lain jauh beribu batu

Ayah,
Umurku sudah mencecah 24 tahun
Tapi pernahkah aku mencium dam memelukmu?

Ayah,
Boleh hilangkan sedihku
Dan berikan aku sedikit kegembiraan dihujung usia-mu

Ayah,
Bukan wang ringgit yang kami mahukan
Tetapi sedikit masa dan hati-mu

Ayah,
Boleh jadi pelindung kami walau sekali seumur hidupmu?
Boleh ada dikiri dan kanan kami ketika kami benar-benar memerlukanmu?

Ayah,
Aku cemburu melihat mereka yang bahagia bersama ayah mereka
Tidakkah kau mengetahui itu
Atau tak punya perasaan seperti mereka yang bergelar ayah

Ayah,
Setiap hari kami  berdoa untuk-mu
Datanglah yang baik untuk-mu
Tapi adakah didalam doamu itu adanya kami

Ayah,
Andai kata hari ini hari terakhirku didunia
Aku bersyukur kerana punya ayah
Kerana ayah ,aku dapat melihat dunia.

Ayah,
Walau aku bukan kilauan berlian buatmu
Aku tetap sayang kamu
Kerana aku bukan tembok yang kalis segalanya

Ayah,
Sempena harimu
Capailah apa yang kamu inginkan
Kalau itu kunci bahagia mu

~kerana bukan semua yang ada  ayah itu dapat merasai  kasih sayang dari seorang yang digelar ayah~

p/s: untuk zinesatumalam~ayah

3 comments:

naDdysha said...

saya faham keadaan kamu zue.

cik QQ said...

sedikit dalam puisi ni memang tuju untuk saya.

naDdysha said...

huhu saya tahu huhu