Sunday, July 31, 2011

KETUA KULI.

 Sebagai ketua kuli.


seawal 8.30 pagi.muka saya yang kena terpacak dulu.nak bukak kedai.nak bukak pejabat.dipertanggungjawabkan sebagai orang kanan syarikat.saya yang kena menjaga semua benda.manusia,duit.termasuk la kunci.saya bekerja di sebuah syarikat di seremban.dilantik oleh FAMA sebagai wakil pembekalan produk agromas untuk seluruh kawasan dinegeri sembilan.alhamdulillah.terima tengku ishak.kerana memberi kepercayaan kepada saya.berbekalkan pengalaman yang ada.saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bisnes terbaru beliau.dalam tempoh 3 bulan ini.saya menjalani latihan untuk kejawatan seterusnya.



bercakap soal kerja.seronok.sebab ada pengurus yang baik.rakan sekerja dan pekerja yang baik.kami umpama saudara.tak ada beza.boleh lepak sama-sama.karaoke sama.cuma,saya suka buli bos saya.nama dia tengku mazlan.dah tua.kesian.tengah cari bini ke-4.semoga berjaya bos.masuk kerja suka hati.bila masuk minta laporan kat saya.lepas tu pergi mengadap tengku ishak.dapat pujian baru balik pejabat.tak pernah nampak dia buat kerja.suka sangat online.'MUKA BUKU' sampai dua.pehh.awek kat YM ramai giler yang chat dengan dia.mungkin sebab keturunan diraja negeri sembilan kot.aku agak la. tapi aku tak suka tanya dia bila aku tak faham.sebab.dia suka cakap dia ada pengalaman kerja bank.30 tahun.kalau nak tanya cikit.boleh jadi tergendala kerja aku.tak larat nak dengar dia berleter.aku jugak jadi mangsa.sebab pekerja semua cari aku.nak tak nak.aku la yang terpaksa adap dan tadah telinga kat dia.bukan senang jawatan aku ni.bos besar pon lebih suruh aku dari dia.mungkin sebab dia penasihat syarikat dan sementara je kat sini.sampai aku dah dilatih dan mampu berdikari baru dia ke bisnes seterusnya.



kadang-kadang aku tutup pintu pejabat.sebab tak nak dia masuk.jahatkan aku.bukan apa.kadang-kadang aku benggang gak.semua aku buat.tapi dia baik.kalau aku kunci pintu.dia telefon.cakap baik-baik je.bila aku tengah sibuk+stress+marah.mesti dia buat lawak.kalau aku diam dia ajak borak.kadang-kadang aku kesian tengok dia.dah tua.anak-anak jauh.mungkin dengan kami dia tumpang kasih.cuma satu aku puji dia.walaupun dia tak buat kerja.tapi idea dia memang terbaik.dia pandai bercakap.dia jaga kami,sampai staff syarikat lain nak jadi CCTV bergerak pun tak lepas.

bos kami ada banyak cawangan.dan semuanya dinegeri sembilan.semua bisnes dia berjaya.konsep tempat aku kerja ni,macam drama kat TV2.memang sebiji.kehidupan orang kaya.ada pemandu.oit!memang macam drama tv kerajaan la.aku sayang tempat ni.bukan senang nak cari kerja dan diberi kepercayaan.tapi aku bersyukur.aku lambakan segala yang aku tahu.tak sia-sia selama ni aku kerja biasa-biasa.semua itu aku gunakan walaupun tak banyak.betul cakap orang.pengalaman itu penting walaupun sedikit.



nanti aku letak gambar tempat kerja aku.syarikat ni ada dua tingkat bawah kedai untuk customer walk in+stor untuk peruncit.tingkat atas bahagian pentadbiran dan pemasaran.belum ramai kakitangan lagi.sebab tu la peluang aku agak cerah disini.aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.walaupun tak se-gah tempat kerja macam kawan-kawan yang lain,tapi aku tetap gembira dan jujur dengan apa yang aku lakukan.

p/s: nanti bila pejabat dah dihias cantik-cantik saya amik gambar letak kat pondok ye.

2 comments:

naDdysha said...

Macam best je kerja kamu hehe :) alhamdulillah kerja kamu kini semua ok, takde masalah, insyaallah semua jalan dgn lancar ye kak? :)

cik QQ said...

alhamdulillah.harap semuanya berjalan dengan lancar.=)