Friday, June 24, 2011

cik sandar dan en karam



hahaha.aku memang tak suka fasha dan ikram.tapi setiap cerita (tak semua la) aku tengok.mungkin lakonan mereka menjadi.dunia lakonan ni kena berbakat.baru berjaya.



ok,ni penganti untuk cerita NORA ELENA.di slot akasia.DEWA CINTA.sama jugak.cerita dari novel.best.jalan cerita menarik.cik sandar jadi rocker.haha.aku suka suara dia.aku tak pernah baca novel ni.jadi tengok cerita saja je la.

pada siapa yang belum tengok, aku bagi sisnopsis pasal cerita ni ya.

“Dewa Cinta” mengisahkan tentang Iqbal yang ditakdirkan bertemu dengan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya. June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar.

Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasih yang rupa-rupanya telahpun berkahwin dengan perempuan lain dan June yang cuba mengubati hati yang luka menjadi semakin akrab dengan Iqbal. Walaupun berlainan darjat, namun ia bukan penghalang untuk dua insan ini untuk saling mengenali dan menyayangi.

Sayangnya, bunga cinta yang baru berputik layu selepas penemuan penyiasat persendirian yang menunjukkan kemungkinan June ialah kakak kandung Iqbal yang sudah hilang sekian lama. Kecewa lagi, June memilih untuk membawa diri ke Jakarta dan bercadang untuk menerima kontrak kerjayanya selama tiga tahun di situ.

June hanya meninggalkan cincin pertunangan, hadiah hantaran dan sebuah lagu ciptaan sendiri khas untuk Iqbal iaitu “Dewa Cinta”. Lynn (Lana Nordin) yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Iqbal merebut peluang untuk menawan hati Iqbal. Fariz, adik kandung kepada June merupakan pesaing sengit kepada Iqbal dalam dunia perniagaan sentiasa berikhtiar untuk menjatuhkan Iqbal.

Fariz telah bersubahat dengan Selena dan Lynn bagi menjatuhkan Iqbal dan memusnahkan hubungan Iqbal dan June. Apakah akan jadi kepada hubungan mereka? Sama-sama kita saksikan suka duka kisah percintaan Iqbal dan June dalam “Dewa Cinta” 

Selain Iqram dan Fasha, drama ini turut dibintangi oleh Aida Khalida, Nabila Huda, Lana Nordin, Bkay Nair, Hafizuddin dan penampilan istimewa, Black


p/s: slot akasia dah patut tukar aku rasa, letak slot novelis =)

No comments: