MIMPI,
adalah teater lena mu
Pelbagai kisah dipertontonkan
Suka mimpi itu atau sedih bukan pilihan-mu
Ceritera tanpa pengarah
Tetapi..tatapan mu ketika lena
Terkadang mahu ‘mimpi’ itu
Mungkin kerana ingin sudahinya atau penghujung kisahnya
MIMPI??
Adakah mimpi aku itu menarik
Tetapi aku lupa
Puas aku mengingati
Kemana perginya ia
Aku harus ingati
Hampa……
MIMPI,
Adakah sandiwara teater realiti?
Yang terkadangnya benar
Yang terkadangnya petunjuk
Yang terkadangnya khayalan
Yang terkadangnya hasutan syaitan
Yang terkadangnya impian
MIMPI,
Tanpa mu
Sepi lena ku
Sunyi malam-malam ku
Kosong minda ku
Resah pagi ku
Semoga mimpi-mimpi ku
adalah sipnopsis karya terbaik dari pelakon-pelakon
yang terkadang tidak pernah aku kenali
kerana mimpi bukan sekadar permainan tidur tetapi
lumrah manusia ketika lena nya.
6 comments:
mimpi hanya sekadar mimpi. ketika rindu, diharap ketemu si centa hati di alam mimpi. thats my definition of mimpi. when u wake up, reality kicks in, all the beautiful dreams are gone huhu
hehe.ni zu tulis untuk zinesatumalam.tapi ni untuk aktiviti wall,hehe.
zinesatumalam tu maksud die apa?
oo.zinesatumalam ni ialah,editor akan bagi tajuk dan dalam satu malam sahaja semua karya dihimpunkan dan dipublish.
pulish kat mana? best nye hehe
boleh download kat 4shared gak,kalau ada aktiviti kat frinjan mereka selalu jual hasil karya disitu la.saya pun tak berapa pasti sangat sebab baru join lagikan.
Post a Comment